بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 29 April 2012

Getuk Ubi Kayu



Harini mommy masukkan N3 tertunggak lg mengenai Getuk Ubi Kayu. 1st of all, i have no ideal this traditional kuih came from with negeri @ bangsa. For what i know i just love this kuih ever since i start my life in KL & Selangor. Back to Malaysia, no doubt there are a lots of gerai selling this kuih beside of cause popular goreng pisang, keropok lekor etc. Huhu!!!really miss scenery of those stalls by the roads. Here in Brunei, they are not practicing hawker style. You can only see this kind of hawker @Tamu. But definetly the kuih much are slightly different. That's why i tried myself to prepare this simple & yummy kuih. Beside, the tapioca were famously sell here. U can easily get the tapioca almost everyday @Pasar Sayur.
From what i know, this Getuk Ubi Kayu have 2 types. One is dipping with glutinous flour & deep fry like what i prepared here and the other one is fresh without deep fry. Means, u just eat them only with coconut shreeded. So, without further words just look at how i prepared them. The most important step i think of cause the 'bancuhan tepung' because it will affect the crunchy taste of this Getuk Ubi Kayu.

Bahan2:
1. Ubi
  • 2 cawan ubi kayu (yg telah direbus & dilenyek)
  • 1 cawan kelapa parut (yg muda sebab lebih berlemak)
  • 1/2 cawan gula
2. Tepung Gorengan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum (tak letak pun xpe)
  • 1 cawan air (bergantung kepekatan yg diingini)
  • 1 sudu besar air kapur
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Minyak
Caranya:
  1. Mula2 sekali rebus ubi kayu dengan sedikit garam sehingga empuk.
  2. Lenyekkan ubi sehingga lumat.
  3. Campurkan gula & kelapa parut. Gaul sebati.
  4. Ambil sesudu adunan & kepal serta bulatkan. (anggaran size bergantung atas citarasa, tapi jgn besar sgt).
  5. Ulang langkah 1-4 sehingga ubi habis.
  6. Dalam mangkuk besar, satukan tepung beras, tepung gandum, serbuk kunyit & garam. Gaul rata.
  7. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil mengguli tepung.
  8. Apabila telah mendapat bancuhan tepung yg sekata warna kunyitnya & tepung sedikit cair, masukkan 1 sudu besar air kapur.
  9. Gaul tepung sehingga betul2 sekata & boleh tambahkan air jika bancuhan masih pekat (anggaran kelikatan tepung apabila diangkat adunannya tidak putus).
  10. Masukkan bebola ubi tadi ke dalam tepung & salut dengan sekata (pastikan tepung menyelaputi seluruh ubi bagi menggelakkan ubi terkeluar semasa menggoreng).
  11. Terus goreng bebola ubi yg telah disalut tepung ke dalam minyak gorengan yg dipanaskan terlebih dahulu.
  12. Goreng sehingga tepung garing. Angkat & toskan.
  13. Sedia dihidangkan.

Bebola ubi yg telah dicampur kelapa parut & gula.
Salut bebola ubi dengan bancuhan tepung secara sekata.

Sedap makan semasa masih panas kerana keranggupannya.

7 comments:

Kuazue Mohamad said...

sedap tuuuu

ijayuji said...

Salam kak, oh! sgt sedap getuk ubiii ni tauuu, kita kat siam ni tak pernah jumpa ubi yg segar tu lerrr sume ubi dah dikerjakan, lepas tu dia org sira ubi rebus tu manissssssssssssssssssssssssssssssss sgt2! haaaaa...mmg siyess manis tak berani nk beli lagi :D

rostina76 said...

uish!!!kalau org siam punya manis mmg kalah org kelate rasanya. eh, kros dok imaging @siam le byk ubi kayu, ooo rupa2nya x famous ye

Unknown said...

salam Ros sedap getuk ubi yg Ros kasi hari tu pada kak Noor ranggup nanti nest time akak nak buat sendiri kena dptkan kelapa muda dulu lah ya baru sedak kee hehe

rostina76 said...

Ye knoor,klau kelapa pRut muda tu lagi lemak & lembut.kalau yg tua blh gak la tp rasa mcm mkn hampas je.

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,
Ni kira macam jemput2lah yaaa. Nanti akak buat akak nak ganti gula dgn udang, bawang atau bilis coz I prefer savoury. Thanx for sharing!

rostina76 said...

wow kak!!!i can imaging the taste going to be mcm kuih cucur badak (eh betul ke namanya ni - yg gina uni keledek & inti samba udang tu).....cpt aar buat kak. kalau sedap nak tiru.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...