بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 19 April 2012

SUSHI PULUT

Lama rasanya tak masukkan N3 masak2......Hilang mood skjp selepas masalah mok melanda. Aish!!life must go on. So, harini mommy jot down resepi yg mommy buat ni try & error sbb teringin nak makan sushi. Kat Brunei ni ada jugak Japanse restaurant tapi area kami @Tutong ni xde. Kalau teringin nak makan Japanese food kena drive ke Seria/KB @ BSB. So, kalau time2 teringin tu kena le wat sendiri kan. Jadi Japanese food ka, Jawanese food ka xkisah la sbb sendiri buat, sendiri ngap, hehe. Mommy buat dah lama ni tapi malu nak post sebab potongnya tak uniform daa. Ada yg kurus & ada yg gemuk. Ingat later le nak buat semula baru nak post tapi masalahnya bila beli je seaweed/nori sheets ni xsempat nak gulung. Abis diratah dek Arfa & daddynya. Huhu!!!dah ckp nak buat sushi, tapi kejap2 "satu je mommy", pastu dtg lagi "satu je mommy"......last2 tinggal plastik je.
So, sebelum mommy lupa cara nak buat ni, post jelah guna gambar ni. Kalau tak cantik tu baru org percaya mmg betul mommy yg amatur membuatnya. 
Btw sushi yg mommy buat ni dah di modified ye guna pulut. Biasele, tekak ada campuran Siam suka kat pulut jugak. Tapi serius, sedap jugak guna pulut. Senang skit kalau nak kepit dgn chopstick, hehe xde le lerai nasinya (maklum le tangan dah kematu baru belajar makan guna chopstick, mana x lerai).

Bahan2 utk sushi rice/pulut:
  • 3 cawan pulut/ grain rice
  • 1/3 cawan cuka makan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
Caranya:
  1. Basuh beras/pulut & masak seperti biasa dalam rice cooker. (Kalau masak pulut guna sikit je air, kalau 3 cawan pulut tu cuma guna dalam 1 cawan air).
  2. Apabila pulut dah masak, masukkan dalam mangkuk besar.
  3. Dalam kuali/ periuk yang lain, masak cuka, gula & garam sehingga gula & garam larut. 
  4. Campurkan campuran cuka tadi ke dalam mangkuk berisi pulut.
  5. Gaul rata menggunakan sudip kayu. Sejukkan
Bahan2 untuk sushi:
  • 1 batang timun (buang biji dan potong panjang2)
  • 1 biji avocado (buang biji & potong nipis2) - mommy xletak sbb xde stok
  • 8 batang crabstick (celur & tos)
  • 4 sudu besar mayonnaise
  • 4 keping seaweed/nori sheets
  • 6 cawan sushi rice/pulut
  • 1 sudu besar bijan yg telai disangai
  • Telur dadar - mommy tambah sendiri
Caranya:
  1. Letakkan 1/2 - 1 cawan sushi rice/pulut ke atas seeweed sheet & tekan kira 1/4 inci tebal (agak2 je). Taburkan bijan di atas pulut. Btw mommy pakai sarung tangan plastik untuk tekan & menggulung supaya pulut xmelekat.
  2. Alas plastik di atas bamboo mat & letakkan kepingan seeweed tadi di atasnya.
  3. Susun ikut urutan timun, avocado, crabstick & telur dadar ke atas pulut. Hujungnya sapukan 1 sudu besar mayonnaise.
  4. Dengan berhati2, gulung plastik alas & kemaskan seeweed sheet menggunakan jari. Gulung sehingga ke penghujung & genggam alas plastik tu sebelum menarik keluar plastik tersebut.
  5. Ulang 1 - 4 sehingga bahan2 habis digunakan.
  6. Potong menggunakan pisau tajam sushi tadi.
  7. Sedia untuk hidangan.
Gambar selingan masa kami lunch @ Kaizen Sushi, Bandar Seri Begawan....







4 comments:

Ayu said...

Assalam rostina,
baru nilah sempat tinggal kan jejak diblog rostina ni hari tu singgah sekejap aje..sushi juga ya disini tadi baru singgah kat dapur tun pun ada sushi juga..akak(confirm akak, sebab lagi tua dari awak..hehehe) baru juga buat sushi hari tu,..memang berbaloi buat sendiri..

Mamasya said...

Salam Ros.kalau famili suka mmg berbaloi buat sendiri sushi sbb senangkan.kat tempat tinggal akak di Cairo ni restoren sushi dkt sgt dgn rumah selang 2 bangunan je tp tak pernah lagi pergi mkn.
moga mak Ros cepat semboh...

rostina76 said...

Tq k.ayu sbb sudi singgah & berkawan dgn ros. alhamdulilah bertambah sedara pengubat rindu. hehe!!!kami mmg suka japanese food especially tu kakak Anis. Dia suka sbb dorg punya presentation very 'cute'...fishball yg color2 pink tu, huhu!!!sukee sesangat dia.

rostina76 said...

Salam mamasya..alahai klau kami le gaya selang 2,3 bang...mau tiap2 weekend g makan. hehe!!!
btw mak ros xtau le kak, sekejap ok, sekejap x....pening dah kakak ipar @mekah melayan dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...