بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 5 April 2012

SIAKAP 3 RASA

Tak tahu le betul ke tidak ikan siakap ni sbb mcm ketot sikit ikan ni. Huhu!!!susah juga nak beli ikan kat sini sbb kadang2 dorg panggil lain, kita panggil lain. Lagipun mommy ni x expert sgt bab2 nama ikan. Cuma, kalau ikan siakap kitakan mcm warna hitam & body dia ramping skit, yg ikan mommy beli ni sisiknya putih & bodynya ketot. What ever la yg penting sedap & daddy pun puji sedap. Lama betul x buat 3 rasa ni (favourite kami gak ni)...Selain ikan siakap, mommy buat 3 rasa kadang2 tu guna ikan kembung yg besar2 sikit. But honestly, guna ikan siakap yg paling best. Semalam dinner, mommy buat menu ikan 3 rasa ni dgn sup fishball &crabstick je.....nikmatnya makan sampai ke tulang licin isinya. ALHAMDULILAH, syukur ALLAH di atas nikmat yg Kau berikan.
Untuk resepi, rasanya banyak version org buat. For me, the simple the better. Hehe!!
Bahan2:
  • Seekor ikan siakap/sewaktu dgnnya (belah dua)
  • 1 biji bawang putih (kisar)
  • 4 biji bawang merah (kisar)
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar (dadu)
  • 5 biji cili api (potong halus)
  • 1 biji tomato muda/nenas (dadu)
  • 1/2 batang timun (dadu)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan2 utk perap ikan:
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk/serbuk
  • 1 sudu teh garam


Caranya:
  1. Mula2 sekali lumur ikan dengan serbuk lada hitam, garam & tepung jagung.
  2. Perap sebentar sebelum digoreng garing (pastikan minyak betul2 panas & ikan tenggelam). Toskan.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah & cili boh sehingga garing.
  4. Masukkan sos tomato & sos tiram. Kacau sebentar & masukkan sedikit air. Biarkan mendidih.
  5. Tambahkan dengan garam & gula.
  6. Akhir sekali, masukkan semua sayuran yg didadu. Gaul sebati.
  7. Letak ikan di atas pinggan & tuangkan sos ke atasnya.

Menu utama

Menu sampingan

6 comments:

Asmara said...

sedapnya! senang pulak tu kan. kat sini tak jumpa ikan siakap guna ikan lain pun boleh kan. :D
*kerabu ikan bilis bwh tu nmpk menarik pasti saya cuba nnti. :D

rostina76 said...

As...boleh je guna ikan lain, rasa k.ros @japan ikan2 besar isi putih senang dapatkan. hehe, tak pun salmon 3 rasa...perrrgh!!
Kerabu simply delicious, krup krap, krup krap ;)

from heart nisah idham~ said...

akak, mmg nampk berbeza la ikan tu.. memula tgk ingatkan ikan bawal.. hehhe rupe tak penting sgt kak, asalkan licin sumenye, tu tandanya sedap!!!! 5 bintang untuk akak :)

Putri said...

Di sabah pun byk nama ikan yg lain dgn nama yg kita guna di semenanjung. Pening juga bagi orang yg baru nak berkenalan dgn ikan macam saya. Kalau nk beli ikan siap call mak lagi suruh describe rupa bentuk ikan. Pak cik ikan selalu gelakkan saya

rostina76 said...

huyoo!!!5 bintang. tocey2. nanti ko punya akak bg 10 bintang ;)

rostina76 said...

kik 3x....kros plak gelakkan putri. kita serupa 2x (nyanyi ikut headwind punya lagu tau)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...