بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 1 April 2012

PAU BAGUS....


Seperti mana namanya PAU BAGUS, begitule jugak mommy rasa tentang resepi ni. Memang BAGUS!!!!!Dalam banyak2 resepi buat pau gebu ke, lembut ke mommy rasa yg resepi Noor Masni ni paling senang dari segi bahan2 & caranya. Suka tak terkata harini sbb pau yg mommy buat WALLA!!! memang lembut & sedap. Minggu lepas mommy ada buat pau gebu guna resepi dr kongsi resepi. Resepi tu guna tepung gandum biasa & bahan2nya senang jugak. Tapi resultnya tak begitu membanggakan sebab bila sejuk kulitnya jadi keras. Daddy pun komplen nape keras...Huhu!! sedih sgt.
Itu yg mommy nekad harini nak try buat sekali lagi guna resepi yg lain. After mitak tlg cik google carikan mommy the best recipe....i found this recipe. For me the best. Pasni mmg nak stick dgn resepi ni jugak cuma intinya aje ubah2. Yang paling bangga sekali bila mitak daddy try, bila ngap je dia senyum pastu mommy tanya lembut sgt kan mcm pau yg jual @restoren Chinese Muslim? Dia reply....eh, tg la sejuk tgk lembut tak. Hehe!!! bila dah sejuk pun, bila check still lembut mcm lps kukus gak. Yeay, berjaya!!!!Kalau tak caya, boleh try resepi ni. Really recommended.

SUMBER: NOOR MASNI
Bahan2:
Bahan (A)

  • 250g tepung pau (mommy guna tepung hong kong)
  • 20g gula caster
  • 11g yis kering (ini yg paling best sbb xde pembaziran lg pasni-mommy guna yis yg setiap peket 11g, kalau resepi lain mesti ada balance....alih2 pas 2 hari kena buang)
  • 125g air (tak perlu guna semua, ikut kesesuaian tepung agar xlembik sgt)

Bahan (B)

  • 250g tepung pau (mommy guna tepung hong kong)
  • 100g gula caster
  • 15g Double Action baking powder 
  • 5 g garam
  • 30g shortening
  • 125g air (tak perlu guna semua, ikut kesesuaian tepung agar xlembik sgt)
  • Inti - ikut citarasa -> secukupnya (mommy guna inti sekaya, kelapa & nutella)



Walau size tak sama besar tapi dah puas hati le sebab rasa sedap.

Cara membuat:


  1. Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.
  2. Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.
  3. Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.
  4. Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. 
  5. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.Bahagian bawah tu letakkan baking paper ye (gunting dalam size 2" X 2" samada segiempat/bulat).
  6. Kukus selama 7 -10 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2. 
*Pastikan air dalam periuk kukus sudah mendidih baru letak pau & gunakan api sederhana besar semasa proses mengukus. Jika api terlalu besar pau akan merekah.



7 comments:

HomeKreation said...

Wah, gebusy nya.... bila lah nak buat ni...

rostina76 said...

Hehe!!!nanti Along buat mesti lagi gebuss!

Unknown said...

sedapnya pau.lama tak buat pau ni.pernah juga buat resepi kak noor ni.memang bestla:)

rostina76 said...

Nieza...mmg resepi k.noor masni ni the best sbb bahan2 senang & resultnya mcm magic (exaggerate ke eh? eh btul la, resepi2 lain tu bhn2 remeh)....btw kros ada bt lebih & frozen. Bila nak mkn semula xyah stim pun, tg je dia lembut sendiri. hehe!!!seronot tak terkata

Anonymous said...

Salam...saya nk gune rsepi nie tuk wat niage...blh x...

NabilaHasyim said...

Ala, kak.. Help me, huhu..
Bhn A dh buat Tp teramek tpg gandum cap sauh plak, walhal dh beli dh tpg pau, adoi.

Bhn B buat lewat slps sejam ke kak, sbb nk tggu bhn A perap sejam? Bhn B ni, sy guna tpg pau plak. Boleh ke campur2 ni, huhu...

NabilaHasyim said...

Ok, kak.
Masalah settle..
Pau tetap sedap, hehe...

http://menggapaicintailahi.blogspot.com/2015/04/resepi-akhirnya-dapat-pau-macam-orang.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...