بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 6 April 2012

KEK SUSU KUKUS

Kek ni mommy buat ptg semalam bagi memenuhi stok makanan 3A ni. 3,4 hari sebelum tu mommy buat kek kukus masam manis & bekalan pun dah abis (suka rupanya dorg ni dgn taste hawflakes tu). Yg kek masam manis ni nanti mommy mskkan dlm next N3 sbb gambarnya tak menarik. Next time buat lg mommy publish resepinya. Btw kek susu kukus ni simple je & yg paling utama kukus (mommy blm dapat lg oven replacement). Dok cari2 kek kukus yg simple terjmp @MyResepi. Resepi ni dibuat oleh Cutie Wink. Kalau dah boring asyik bakar je, sekali sekala blh try yg kukus ni plak. Sedap  & gebu keknya. Walau dikukus tapi tak lembab sangat. Rasanya pun utk budak2 mesti suka.. rasa susu. Nak lagi lemak boleh tukarkan air dengan susu cair. Lagi lemak berkrim tapi yg diet tu toksah le ye... 

Sebelum dipotong....


3 slices & a cup of 'tea o'....nyaman!


SumberMyResepi @Cutie winkle

Bahan-bahan 

 250 g butter

  • 1 cawan gula halus
  • 6 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan air

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan susu pekat yang di bancuh dengan 1/2 cawan air.
  4. Masukkan aduanan dalam loyang bulat yang sudah di geles dengan sedikit butter dan tepung.
  5. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Untuk mengelakkan permukaan kek berlekuk @ tidak rata, balut penutup pengukus dgn kain.
  6. Sejukkan sebentar dan sedia di hidang. 

6 comments:

Nieza said...

Assalam kak, nampak sedap kek susu kukus ni mcm apam kukus lak kan.gebus jer.

ikan siakap 3 rasa akak tu pun nampak menyelerakan:)

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,

Mesti rasa lemak-l3mak manis.

from heart nisah idham~ said...

akak, minta share resepi.. nak buat.. nmpk gebu & menyelerakan..

rostina76 said...

nampak gebus cam apam tp rasanya lain nieza

rostina76 said...

Ye btul!!!10 markah utk yong turki (org turki panggil pompuan lawo apa yong?)

rostina76 said...

Persilakan nisah...kros pun guna ilmu yg di share ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...