بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 17 July 2012

TART TELUR

Assalamualaikum. 
Masih busy memenuhi order dr pelanggan cilik. These tart telur ordered by k.Anis since last week. Tapi bagi memberi laluan kepada kek birthday abang so, terpaksa le k.Anis menunggu selama seminggu. Akhirnya last Sunday baru dapat merasa tart telur buatan mommy. Projek tart telur ni tertunda lama since last year (masa buat tart buah dulu dah ambil jugak resepi ni dari blog Nuri). Alasannya kenapa delay, sebab hampir setiap pagi ada org jual @kedai runcit mamak as part of kuih muih juadah pagi. Selalunya mommy beli je kalau k.Anis teringin. 6pcs (small size) regenya BND1 (abt RM2.50). Cumanya since k.Anis nak mommy buat jugak (dia nak sibuk buat juga le tu). So, mommy godek2 jugak last Sunday. Ingatkan leceh mcm tart buah (asing2 bake shell & inti), rupa2nya easy peasy je sbb terus skaligus bake shell & filling. Cepat je masa penyediaannya.
Okey, for the recipe, mommy follow Nuri.

Bahan2:

A. Kulit
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn butter + marjerin (butter + marjerin = 1/2 cwn)
1/2 biji telur Gred B
1/2 cwn gula kastor (kurangkn dlm 1 - 2tbsp sebab manis)
1 tsp esen vanila

B. Filling
1/2 cwn gula kastor 
1 cwn air
1/2 cwn susu segar (blh juga susu baby 2 scoop + air + susu cair = 1/2 cwn)
1 tbsp tepung jagung/kastad
1 1/2 biji telur Gred B (amik 1/2 biji telur baki buat kulit td + 1 biji telur)
1 tsp esen vanila
Sedikit pewarna kuning/oren


Caranya:
1. Masukkan semua bahan A (kulit) ke dalam mangkuk adunan.
2. Uli hingga mendapat doh yg licin & x melekat dgn jari. Ketepikan.
3. Untuk filing plak, masukkan semua bahan dlm mangkuk & kacau sebati (kacau guna senduk je). Bila semua dah sebati, tapiskan.
4. Panaskan oven 180'C. Ambil sedikit doh untuk kulit & tekan serta ratakan dlm acuan tart (ketebalan kulit tart ikut suka nak tebal mana ye).
5. Buat sehingga adunan habis. 
6. Tuang filling ke dalam acuan tart (penuhkan aje acuan dgn filling) .
7. Bakar 180'C selama 35 minit @ hingga tart masak (mommy masak 180'C selama 30minit je).

18 comments:

Asmara said...

suka jugak tart telur ni. yg menyedapkannya biasanya shell tu kan. ;)

fieda said...

saya suka betul mkn tart telur..

HomeKreation said...

Along suka sgt makan ni tapi nak menggode sebiji2 tu yg tak mampu...

mama sara nur said...

assalam
rajinnya, nampak sedap tart telur tp akak x reti makan he he pelikkan
kalu makan pun kulitnya je

dekdaa said...

amik order utk raya jugak ke ni?

yan's cottage said...

eeee....!!!!!!sedapnya......kesukan yan kalau 1 tak cukup
kurang kurang 10 ketul mmmmm.....memang best la....!!!!

~~zana@pb~~ said...

Tak pernah cuba tart telur, rasa pun tak tau. Kalau easy peasy, boleh la akk cuba.

Rostina, kek chiffon labu tu, toppingnya akk guna whipping krim campur gula castor sikit.

m.u.l.a.n said...

sangat sukaaaaa tapi malasssss nak buat.. nak 4 biji boleh..!!

GreenJade said...

haii sis saye datang nk tapau sikit hehehe

nmpk cantik aje tart telur nye..menggoda perut lah hehehe

rostina76 said...

resepi k.Nuri ni ranggup je shellnya

rostina76 said...

arini dah start puasa, nanti buka blh le makan ye ;)

rostina76 said...

hehe, kejap je ni along godek2nya

rostina76 said...

aikk kak. xreti makan ka??? mai ros ajar, bukak mulut, masuk & kunyah. hehe mcm iklan oreo

rostina76 said...

amik order dr pelanggan kenit/kecik/damit/cute je.....kalau dekdaa dlm kategori tu blh le nak order :P

rostina76 said...

alamak smp 10 ketui ni mana mampu. hahah!!!mau kena 3 kali adunan ni nak jamu yan ;)

rostina76 said...

insyaallah easy peasy kak ;)

rostina76 said...

harini baru blh komen kak since internet line baru ok....maafle ye, xleh makan, PUASA!!!heheh tg raya plak

rostina76 said...

tq jade datang....hahaha lambat smpnya. dah licin pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...