بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 22 July 2012

Onde2 Pulut Hitam vs Onde2 Warna Warni


Ini kuih muih kedua kami semalam masa bersungkai (berbuka puasa). Terlebih rajin sebab memang dah lama aimed nak buat onde2 pulut hitam ni. Masa dapat beli 2 pack beras pulut hitam last month mommy mmg dah list apa juadah yang boleh disediakan dengannya. Insyaallah kuih koci bakal muncul next week.Onde2 Pulut Hitam

Bahan2:
1/2 cawan tepung pulut hitam  (mommy guna beras pulut hitam & blend)
1 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Sekeping gula melaka (potong dadu kecil)
1 biji kelapa (parut halus & gaul dengan sedikit garam)

Caranya:
1. Satukan tepung pulut hitam dan tepung pulut ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bebola kecil.
4. Lubangkan di tengahnya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
5. Sediakan air untuk merebus. Apabila air telah mendidih, masukkan bebola onde-onde.
6. Apabila ia timbul, angkat dan golekkan di atas kelapa parut.
7. Sedia dihidangkan.

Remarks: Untuk Onde2 warna warni, sama juga penyediaannya. Cuma, tambahkan air pandan (kisar daun pandan) & masukkan pewarna semasa menguli tepung mengikut citarasa anda.

Sukatan: 1 cawan tepung beras pulut menghasilkan dalam 20 biji onde2 size kecil.

6 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ramadhan Ros..kita tukar nama onde-onde meriah nak?????

rostina76 said...

Salam ramadhan juga bt k.Ros & family. blh gak k.Ros onde2 meriah.....hehe, mmg meriah bebudak ni berebut nak color tu, nak color ni....

lady lavender said...

rajin nya ros buat mcm2 kaler..Saya buat ni jufgak iftar hari ke 2. tapi yg biasa2 kaler hijau aje hehe..First time pulak saya dengar onde2 pulut hitam :-)

p/s: salam ramandhan & selamat berpuasa buat Ros sekeluarga. Baru sempat nak berkunjung ke blog kekawan :-)

Kongkang Malaya said...

Wah... muncul sudah kuih muih sempena Ramadhan ni :D

Selamat menyambut Ramadhan untuk Kak Ros sekeluarga!

rostina76 said...

terlebih rajin sebab mula tu takut bebudak ni xsuka warna hitam (dorg ni entahle, yg color hitam macam geli/kotor)...end result, dorg suka gak yg hitam tu rupanya.

rostina76 said...

hehe, kalau dulu semua kuih tunjuk (beli @bazar ramadhan)...memandangkan 'mem' dah pencen awal maka rajin2kan le godek sendiri.

Salam ramadhan juga buat aida & family.....mcm puasa @spain. cepat ke lama? kami @brunei syok sebab berbuka awal sejam dr org semenanjung msia ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...