بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 21 October 2012

~ BISKUT CHIP COKLAT CFN ~

     Assalamualaikum.
Resepi ni merupakan salah satu resepi biskut raya kami tahun lepas tapi masa tu mommy takde gambarnya. Hehe, after a year baru mommy try semula ptg Jumaat kemarin (masa raya 2012 pun xbuat biskut ni sebab bg laluan resepi lain yg belum try) 
Makan waktu minum petang selepas penat menjalankan kerja2 buruh paksa. Emmp!!!cedapnye. Okey mommy publish @wind of change resepinya ni utk rujukan masa hadapan terutama buat family mommy. Mommy dapat resepi ni dari FB Chef Faisal Ng. Senang & simple bahan2nya. 3A suka sangat sebab macam biskut chipsmore tu rasanya. 
Bahan2 : (A) 
~ Mentega 180 gm
~ Gula perang 260 gm
~ Esen Vanila 1 sudu kecil .


Bahan2 : ( B ) 
~ Telur 1 biji

Bahan2 : ( C ) 
~ Tepung gandum 260 gm
~ Tepung jagung 40 gm
~ Serbuk coklat 20 gm
~ Serbuk penaik 1/2 sudu kecil
~ Serbuk soda 1/2 sudu kecil

* bahan- bahan (C) hendaklah diayak sekali

Bahan2 : ( D ) 
~ Chip coklat 200 gm .

Caranya:


1. Bahan-bahan (A) dipukul kembang .
2. Campurkan bahan ( B ).
3. Campurkan bahan - bahan ( C ) & ( D ).
4. Gaul sebati adunan biskut & disimpan sejuk dalam peti sejuk selamat 1 jam atau semalaman.
5. Dibentuk bulat - bulat & disusun atas dulang pembakar biskut .
6. Dibakar dalam Ketuhar pada tahap suhu 180 c selama 10 - 15 minit ( + - )



*** Selamat Mencuba ***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...