Assalamualaikum.
Salam sayang untuk semua di hari Jumaat yang mulia. Harini seperti biasa waktu pagi mommy busy like a bee!!! Biasanya menu lunch mmg simple dimple @ kadang2 tu perangat je lauk semalam (kalau ada banyak lebih). Harini lepas amik 3A balik dari mengaji, seperti biasa masuk dapur baru terfikir2 nak masak apa. Keluarkan ikan & udang dr freezer. BLANK!!!!




Sumber: Majalah Saji (Mei 2012)
Olahan: Mommy @Wind of Change
(sukatan asal resepi ni dalam gram, so mommy agak2 je)
Bahan2:
300g udang (dalam 15-20 ekor)
70ml yogurt asli
1 biji limau nipis/lemon
12g bawang merah (mommy guna 3 biji)
30g halia (mommy guna dalam 2 inci)
40g bawang putih (mommy guna 6 biji)
12g serbuk cili (1 sudu besar)
12g serbuk kunyit ( 1 sudu teh kunyit)
5g serbuk kulit kayu manis (1/2 sudu teh)
5g buah pelaga ( mommy guna serbuk dalam 1/2 sudu teh)
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Gaulkan udang bersama semua bahan2 lain (mommy tak terus letak jus lemon sebab prefer perah masa dah siap masak).
2. Perapkan udang tadi selama 1 jam.
3. Panggang udang di dalam oven sehingga masak (mommy guna suhu 200'C).
4 comments:
salam k.ros...
sedapnya.. udang tu..
betul tu...kalau ibu2 kan memang gitu,buntu hari2 duk pikir nk masak apa.. dah puas duk godek2 masak lauk pauk...sesekali ubah selera best juga..ehee
naaakkk la jugaakkk..!!
masalah surirumah sedunia tu....kalu jenis mmg nak makan nasi lagi le pening
oh milan!!!!nah amekaw
Post a Comment