بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 29 October 2012

Jalinan Ban Sosej

Mommy ni nak citer pasal hotdog bun/ban sosej plak. Memang gempak sungguh kejadian ban sosej ni sampaikan haru biru rumah kami pagi kemarin.

Mommy buat untuk breakfast pagi kemarin di samping nasi goreng & jemput2 ikan bilis. Ikut resepi dari buku roti Myresepi lagi, dapat 9 ketul. 



Huhu!!!Arfa le ni hero citer drama pagi tu. Siap aje mommy buat keluar dari oven terus mitak (actually masa dlm BM lagi dok tanya 'dah siap ke mommy?' berulang2 kali). Masa masak tu 2 org gegurl tengah 'bersiram' so hero ngap dulu. Mula2 seketul yg ada sos, pastu seketul lagi yang plain. Duk kjp mitak lagi seketul yg plain (sebabnya mommy buat 3 ketul je yg bersos+vege, the rest plain).


Mommy dah sound kat Arfa (sebab mmg tau dia suka sesangat tu) yg bersos dpt sorang satu Arfa, daddy & mommy. Yang plain dapat 2 ketul seorang Arfa, Anis & Ahdia. Bila dia dah makan abis portion dia 3 ketul, baru siap 2 dara pingitan tu mandi & makan portion dorg 2 ketul each.  



 Alih2 dok dengar Anis menangis (huhu!!!!haru betul Arfa ni, dia dok nak yg Anis plak dah). Abis hilang keayuan mommy terus transform jadi king kong. Eeeiii, geram betul. 









Last2 king kong mengamuk terus suruh dia makan perabis portion daddy. Mommy punya portion sempat le try tadi separuh & bagi daddy try another separuh (patut Arfa pulun 4 ketul sekali hadap mmg sedap weh. Hehe angkat bakul sendiri mommy ni). Punya le laris roti gebus mommy ni sampai berebut2. Takpe la anak2, lepas king kong ni transform jadi ayu semula esuk jugak mommy buat lagi. Makan le 9 ketul sorang2.



Resepi Ban Sosej yg menjadi rebutan ramai;

Bahan2 doh:
*1 biji telur
*120g air (air+telur =170g)
*300g tepung roti
*30g mentega/butter
*2 sudu besar susu tepung
*2 sudu besar gula kastor
*1 sudu kecil yis kering
*1 sudu besar pelembut roti (optional - mommy xletak)
*1/2 sudu kecil garam

Lain2 Bahan:
*9 batang sosej (resepi asal dapat 8 je)
*sos cili, mayonis & parsley kering
*susu segar

Caranya:
1. Masukkan semua bahan untuk doh, ikut turutan dari atas ke bawah ke dalam mesin roti (BM). Pilih menu 'bread dough' & tunggu sehingga siap.
2. Kelurkan doh dari mesin roti & tumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Bahagikan kepada 8-9 bahagian & buatkan bentuk bulat (mommy timbang 60g setiap satu). Biarkan 10minit.
3. Ambil sebiji doh, canaikan. Letakkan sosej di tengah2 & potong tepinya seperti dalam gambar.
4. Ambil satu persatu potongan doh tadi, balut pada sosej berselang seli seperti dalam gambar. Ulang untuk doh selebihnya. Biarkan naik dua kali ganda daripada saiz asal.
5. Sapukan permukaan roti dengan susu segar. Picitkan sos cili & mayonis di bahagian permukaan roti. Taburkan parsley kering, bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 12-14 minit.

6 comments:

tun_telani said...

salam kak ros.. hihi.. len kali semua kene wat bersos ye.. cantik jalinan tu.

Nisah Mat Noh said...

kak.. teringin nak buat roti mcm ni. tp tu la..kat langkawi xde tepung roti le.. roti akak mmg menyelerakan :)

eyndayusoff said...

Rajinnyaaaaaa.... best la pandai buat roti sendiri.. takyah beli kat kedai :-)

rostina76 said...

salam tun. lain kali kena buat 2x doh. huhu!!!
selalu jalin rambut Anis, syok plak jalin doh roti ni.hehe

rostina76 said...

oh, langkawi xdak tepung roti/high protein flour ke? susah gak ekk nisah

rostina76 said...

ngeh3x, baru je pun berjinak2 eynda. btw beli gak @kedai sbb rumah ni mmg wajib ada roti especially roti slices ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...