بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 16 October 2012

PUDING ROTI BAKAR

Ini pulak resepi lagi separuh roti tu, mommy buat puding roti. Dah lama tak buat puding roti ni sebab kalau dulu2 buat boleh gak bawak g sekolah, member2 tolong perabis. Rasanya Ahdia & Anis kurang minat kot sebab dorg tengok rupa paras puding ni kurang menarik. Hehe!!!yang dah pulun tadi mommy & Arfa je. Mr Daddy dok pulun roti kering, kenyang daaaa.Takyah citer banyak le sebab harini mommy moody sikit. Biasale masalah pompuan serata dunia tiap2 bulan, ditambah pula dengan kisah sedih zaman2 dulu yang terpaksa diimbau kembali. Oh, pilunye.....Bahan :

2 cawan susu cair
1 sudu besar mentega
1/2 cawan gula pasir
3 biji telur 
2 sudu teh serbuk kayu manis (terpulang samaada nk guna @ tak) 
1/4 sudu teh buah pala (terpulang samaada nk guna @tak) 
1 sudu teh esen vanila 
1/2 cawan kismis 
3 cawan roti dipotong kecil atau kiub

Caranya :
1. Masukkan susu dalam periuk & panaskan atas api yg sederhana. 
2. Masukkan mentega dan kacau sampai cair. Padamkan api dan biarkan ianya suam.
3. Satukan gula,telur,serbuk kayu manis,serbuk buah pala dan vanila. Pukul sehingga sebati.
4. Tuangkan susu tadi perlahan2. Kacau rata.
5. Masukkan roti ke dalam pinggan casserole yg telah digris dgn mentega.
6. Taburkan kismis & tuangkan susu hingga menutupi roti tadi.
7. Bakar pada suhu 180'c = 45 minit.
8. Sesuai dihidang panas@sejuk bersama sos puding.


Sos Puding Roti

Bahan2:
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh vanila
1 sudu tepung gandum (bagi kuah pekat, kalau suka kuah cair xyah mskkan tepung)
secubit garam

Caranya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan panaskan atas api yg perlahan hingga mendidih selama 3 minit.
2. Boleh tuangkan ke atas puding roti yg siap tadi..


4 comments:

Marya Yusof said...

As salam Kak Ros,

Lama betul Marya tak singgah rumah org Brunei ni... Dtg2 langkah kanan betul dgn puding roti tu... Yummeh!Nampak moist sedapnyeee~~

rostina76 said...

As salam marya,
Xpela lama tak singgah janji lelama cukup satu pusingan ko singgah jugak. faham rutin ko jelajah dr peru jauh, byk plak tu rumah2 yg ko kena terjah. kan???

izan mama mia said...

wah...meleleh ayaq liuq nie...

rostina76 said...

izan, lap cepat2 nanti mia tengok buruk bebenor. hehe!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...