بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 13 October 2012

Cheddar Cheese Muffin

 Assalamualaikum & good day everybody.
"Walaupun buruk rupa parasmu sayang, tetapi aku tetap mengilaimu".........Oh, cheddar cheese muffin! takkan ku lupakan namamu, SUNGGUH! 
Ayat jiwang karat ni mmg betul2 menggambarkan perasaan mommy disaat mengunyah cute muffin ni semalam. Hehehe!!!!mommy nak tarik balik le kata2 mommy yg dulu2 xsuka sangat makan cheese (muak). Semalam masa mommy dok membelai si muffins ni semua, tiba2 mommy jatuh cinta le plak kat dorg ni. Sungguh enak & lembut kejadian muffin ni walau dalam dok mengantuk 'butir mata' tu mommy terlupa letak susu tepung. Hasilnya tetap sedap (bg mommy le).
Kalau tak ingat nak buat untuk sambutan Hari Guru sekolah PERTAMA (Anis & Ahdia punya event), mau mommy ngap 10 biji yg kenit2 mommy buat tu. Bila sumbat ke mulut tu & macam xleh stop plak mengunyah. Ohw!!!lupa ada citer lucu terjadi semalam. 
Ok, mommy citer ekk........Semalam mommy prepared muffins ni dah lewat (siap dalam pukul 11++pm). Bila 'butir mata' dah betul2 mengantuk, mommy siap2 masukkan dalam bekas utk dorg bawa ke sekolah (termasuk bekal Arfa juga). So mommy reserved jugak utk daddy & mommy makan @rumah dalam 8 biji yg kenit & 3 biji yg besar. Yang portion daddy & mommy tu juga le utk mommy snap gambar (plannya tunggu cerah le baru terang sikit gambooor kan). So, mommy siap2 susun dalam cake tier (mcm dlm gambar tu le). Seterusnya mommy pun g tido, daddy tgh segar stay up.
Hehe, pagi tadi mommy bangun terkejut tengok muffins yg mommy susun dalam cake tier GHAIB!!!!Terus mommy senyum (dalam hati, hahaha!!!daddy suka rupanya. Ngap sampai 2biji yg besar & 3biji yg kenit semalam). So, kalau u tgk gambor kali ni gelap gulita tu maafle ye sbb snap time subuh2 buta (pasainya, dah kehilangan 3 ketul muffin besar utk snap. Pinjam semula yg dorg nak bawa ke sekolah). 
Pepepun, mmg sangat2 berpuashati dgn eksperimen semalam. TQVM to Che Mat Gebu yg fofular tu. Lain kali nak buat lagi, CONFIRM!! 
``````````````````````````````````````````````````````````````````````
(mommy gandakan resepi Che Mat buat ni sebab nak jamu budak2 untuk 2 kelas)

 Bahan2:
90 gram mentega berkualiti tinggi (s.c.s @ anchor)
70 gram gula halus @ castor

110 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*

1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
1 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
1/2 cawan parutan keju cheddar, asingkan sedikit untuk ditabur
50 ml air

Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur dan putar hingga gebu. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan air, hingga habis, biasanya tepung terakhir sekali. Putar rata.
3. Tambah parutan keju cheddar dan esen vanilla, kacau rata. 
4. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup, tabur sedikit keju parut atasnya dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan sebelum dihidang.





10 comments:

Kuazue Mohd said...

ooo nak wat juger lah.....mcm bes...t curi2 masa nak wat utk my 2 little man in the house

IntaNBerliaN said...

comel2 je muffin ni.. :-)

mama sara nur said...

gebusss , pasti cepat habis muffin ni

ela said...

cheeseeee...konfem sedap ni...

Mamasya said...

Aslmkum Ros. mlm2 ada tukang kidnap muffin rupanya....hi.hi...pasti sedap..

rostina76 said...

busy bebenor ko ni azu. mmg aku tabik le dgn ko.btw senang je muffin ni tapi sedap giler

rostina76 said...

hehe, mustile comel intanBerlian sbb mommy yg buatnya pun comel. haaaa, perasan!

rostina76 said...

mmg gebusss & begitu cepat abiss kak.hehe

rostina76 said...

xtahu nak katale tapi klu daddy makan byk tu konpemmmm

rostina76 said...

waalaikumusalan kak. itule, tkg kidnap ni mmg bijak sbb yg sedap je dia amik.hehhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...