بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 3 October 2012

KEBAB DAGING

Assalamualaikum.
Penatnye harini!!!!!!Dah le yesterday morning mommy kena saman speed trap oleh polis Brunei. Huhu!!!melayang BND50 (+-RM120).....Malang sungguh rasanya sebab dah lama dok lalu jalan tu xpernah nampak kelibat polis alih2 semalam mmg xsempat menggelak lagi. Mommy pecut dalam 125km/hr (polis tu bgt) sedangkan speed limit 100km/hr. Alahaiiii...nasib baik diceriakan oleh macaron yang comey2 lagi striking membuatkan mommy terlupa pasal saman. Harini plak, misi menggantikan slot swimming yang sepatutnya berlaku yesterday (2/10/2012) yang tergendala sebab mommy kena saman. Before that, daddy dah bising2 suruh pergi klinik gigi jmp dentist pasal gigi Anis. Gigi kekal yang baru tumbuh 'clash' dengan gigi susu (jadi bertindan). Arfa plak ada satu tooth yg rosak (dah hitam tapi bila check doc cakap xyah cabut sebab Arfa xrasa sakit). Doc nasihatkan jaga kebersihan & biarkan that tooth tanggal sendiri later. Nasib baik service dorg tip top (walau ramai org/pesakit tetapi kami tunggu turn & settle urusan within 1hr only for all 3 of us).  Oh, Ahdia xterlibat (chewah!!!dia bangga sebab gigi dia xrosak) tapi bila kak Anis dapat sticker dr dentist dia sibuk plak nak sama. 
Ok, one of our dinner menu today ni hah nak jotdown "KEBAB". Entah le jadi ke tak tapi rasanya a bit mcm daging burger (mgk due to guna daging kisar segera tu). Next time mommy nak kisar daging fresh sendiri tgk mcm jadinya). Apapun Arfa mmg suka sgt menu2 mcm ni. So, mata mommy dah mengantuk & penat sgt ni. Terus mommy jotdown resepila. Esok baru g melawat sahabat handai @alam maya & balas komen. 
Sumber: Buku Aneka Masakan Barat
Oleh : Mommy @Wind of Change
Bahan2:
1kg daging kisar
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada hitam
1 sudu kecil paprika
1 biji telur
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil tabasco (mommy tak letak)

Caranya:
1. Satukan daging dengan semua bahan2 lain.
2. Uli sehingga sebati.
3. Ambil sedikit adunan & bentukkan bulat bujur.
4. Kemudian, cucuk dengan skewer/ batang sate. Buat sehingga adunan habis.
5. Panggang/goreng kebab daging sehingga masak.
6. Hidangkan bersama sos pilihan.


4 comments:

Lynn Hamzah said...

nampak sedap...boleh cuba la resepi ni nanti...

Mak Wardah said...

Ros, mesti cuba sebab anak akak mesti suka. Ni suka ada kawan pandai masak nih, tqvm for sharing

rostina76 said...

Silakan Lynn Hamzah ;)

rostina76 said...

Cuba kak. Harap dorg suka. btw nak kata pandai, blm lagi kak cuma buat2 pandai je. ahaks!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...