بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 20 October 2012

Pumpkin Soup

Bila dah terjadi Garlic Bread & Croutons tu mmg xsah la kan kalau xde soup. This special soup is really Bon Appetite. Mommy & 3A mmg sukaaaaa sangat pumpkin soup ni. Kalau pergi makan western food yg ada serve pumpkin soup ni mmg licin le bowl kami hadap. Dulu2 mmg tak pernah terfikir pun boleh prepare sendiri pumpkin soup ni apatah lagi resepi mat salleh kan. Gerun je.
Alhamdulilah setelah peram selama setahun resepi ni yg mommy ambil dr blog mamat salleh Kevin ni maka last Tuesday (time buat ayam bakar tu) mommy berjaya menghasilkan 'Homemade Pumpkin Soup'. Bukan setakat 3A yang puji tapi siap kawan2 @sekolah pun puji habis. Mommy bawakan dorg bekal ganding dgn roti. Ahdia bgt kawannya "Syifaa" cakap sedap sup mommy buat, nanti mommy buat lagi tau. Anis plak menyampuk, ahaa la mommy kawan kakak pun suka. Arfa plak cakap sedap sangat & sama mcm yg kita makan kat kedai........ Hahaha!!!!so u all apa lagi yg mommy nak kata.

Bahan2:
6 cawan stok ayam
1 1/2 sudu kecil garam
4 cawan puri labu - mommy guna sebiji labu
1 sudu kecil daun parsley (cincang) - mommy guna dried parsley
1 cawan bawang besar holland (cincang)
1/2 sudu kecil herba thyme
1 ulas bawang putih (cincang)
1/2 cawan cream
5 biji lada hitam - mommy guna serbuk dalam 1 sudu kecil

Caranya:
1. Masak/kukus labu yang telah dibuang kulitnya sehingga lembut. Kisar sehingga lumat. Ketepikan.
2. Panaskan stok ayam, masukkan puri labu, garam, bawang besar, bawang putih, thyme & lada hitam. Biarkan mendidih & perlahankan api. Biarkan terus mereneh selama 30 minit.
3. Ambil sedikit demi sedikit kuah tadi & kisar menggunakan blender/food processor sehingga lumat. Ulang sehingga habis semua kuah tadi.
4. Renehkan semula kuah yang dikisar tadi selama 30 minit. Kemudian masukkan cream, kacau sebentar & angkat dari dapur. 
5. Semasa menghidang, taburkan daun parsley.


2 comments:

Kuazue Mohd said...

sodap...tak susah ghupa nyer...tq na..t ai try plak..

Anonymous said...

tq for sharing :)
sy share page di fb ya.
teruja nak try buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...