بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 21 October 2011

Sambal mangga ikan tawar


As salam....seperti dijanjikan dalam N3 terdahulu, mommy nak jot down resepi sambal mangga ikan tawar. Kalau nak kata susah, memang tak susah. Kalau nak kata grand, memang tak grand. Tapi apapun, kalau ada semangkuk sambal mangga ikan tawar ni atas meja, memang tak laku le lauk pauk lain. Janji ada nasi panas + sambal mangga ikan tawar, Aaron Aziz lalu tepi pun boo layan (hehe! mmg kalau terjumpa Aaron tepi jalan pun mommy rasa tak kan nak g peluk plak).
Resepi sambal ni mmg senang kacang je (walau xde kaitan dgn kacang pun).....Cer tgk kat bawah ni:

Bahan2:
  • Mangga muda (dalam 2 biji-diparut)
  • Ikan kembung (bakar & ambil isinya)
  • Cili api (terpulang citarasa, mommy guna 4 biji je)
  • Garam
Caranya:
  1. Tumbuk cili api sehingga lumat, kemudian masukkan isi ikan & tumbuk lumat.
  2. Akhir sekali masukkan mangga muda & secubit garam. Tumbuk lagi sehingga semua bahan sebati.
  3. Sedia untuk dihidangkan dengan hidangan lain & yg penting nasi panas. Cubala.

2 comments:

anisalya said...

blh cuba ni. nampak pun mcm sedap je.

rostina76 said...

mmg sedappp sgt.cuba le, xrugi ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...