بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 10 May 2014

Ayam Kaprau



Assalamualaikum & salam sayang.
Straight to the point, nak share resepi ringkas tapi sedap. 


Memandangkan skrg mommy dah ada kebun (kuang3x.gempak la sgt mommy oooi). Terasa nak cuba la memasak menggunakan hasil dr kebun sendiri kan. Kalau kemarin post pasal daun kaduk, arini berkait dengan daun selasih@basil plak. Heheh!!!kalau selalu guna dried basil ni utk western menu je tapi harini kita cuba asean taste plak. 


Tak banyak info pasal resepi ni tapi dimulakan oleh Kak Jee (tapi versi daging) & rasanya origin resepi ni dari Thai (ditambah dgn guna perencah tomyam sure thai cuisine kan?). Jom tengok resepi



Sumber Resepi : Ummi Akid
Resepi Asal : Dunia Dari Dapur Kak Jee

Bahan-bahannya :- 
250 gm ayam 
2 sudu besar paste tomyam 
12 tangkai cili padi - lagi pedas lagi sedap (mommy skip sbb ramai kekanak yg nak makan)
2 labu bawang besar - dibelah 8 dan cerai²kan 
1 sudu besar kicap manis 
1 sudu besar sos cili 
Daun selasih - optional 

Caranya :- 
1. Perap ayam yang telah dipotong kecil bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. 
2. Panaskan minyak dan tumis dulu 1 labu bawang besar yang telah dikerat 8. 
3. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar 
4. Setelah garing masukkan ayam yang telah diperap dan goreng hingga kecut. 
5. Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. 
6. Masukkan daun selasih yang telah dipetik dan dicuci bersih 
7. Kemudian masukkan lagi 1 labu bawang besar dan goreng hingga bawang nampak layu. 
8. Seimbangkan rasa dan boleh lah dihidangkan.

3 comments:

Tengku Damia said...

Nampak sgt menyelerakan kak roz : )

Nastyna said...

kak ros berjaya tanam thai basil? wahh saya tak pernah berjaya, basil biasa laju jer membiak, tapi baka thai payah benor nak survove kat sini, dah la saya suka thai basil ni buh a dalam apa pun mmg sedap kan.

nurbijen said...

Kalau tak letak basil pun, harapnya masih dapat hasil mabeles... Insya Allah, akan dicuba nanti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...