بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 28 September 2012

HOMEMADE PIZZA











Assalamualaikum.
3A tengah kemaruk pizza. They can just eat them even everyday. Huhu!!!memang kena dera betul 'bibik menguli' (BM) lately ni. Last Wednesday daddy had their department dinner, so 4 of us (3A +R le) decided to have our own pizza. Of course 3A will request for their 'beef pepperoni' & for me, haha!!!my own special 'taruk banyak2 topping tuna pizza'. So we were really enjoy our own tasteful pizzas. YUMMEH!!!
Memang pulun makan.
Bahan2 doh/base: 
(Untuk 1 biji pizza 12in)
140ml air
1 sudu besar minyak zaiton
225g tepung roti/high protein
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh yis

Topping Beef pepperoni:
Beef pepperoni/meat loaf
Sos spagetti/pizza
Dried oregano
Keju mozarella secukupnya
Keju cheddar secukupnya

Topping Tuna:
2 ketul ikan sardin (hancurkan)
1/2 sudu paprika
2 biji tomato (hiris nipis)
1 biji bawang besar holland (hiris nipis)
Capsicum/ cili hijau (buang biji & hiris nipis)
Nenas kiub dlm tin (hiris nipis)
Dried Oregano
Sos spagetti/pizza
Keju mozarella secukupnya
Keju cheddar secukupnya

Cara2nya:
1. Masukkan air & minyak zaiton ke dalam mangkuk adunan BM.
2. Tambahkan garam & gula.
3. Buat lubang di tengah2 adunan (tetapi jangan sampai mencecah air), masukkan yis.
4. Uli dengan BM untuk setting 'Pizza Dough'. Anggaran masa 1jam 30 minit.
5. Apabila lengkap proses menguli, keluarkan doh & tumbuk2 untuk mengeluarkan udara.
6. Taburkan papan canai dengan sedikit tepung gandum. Tekan2 doh supaya menjadi bentuk leper. Kemudian tebar macam buat roti canai (jangan sesekali guna rolling pin kerana ia boleh membuatkan roti pizza menjadi keras).
7. Letakkan doh ke atas pizza plater. Tekan2 pada bahagian tepinya.
8. Letak & ratakan sos pada permukaan pizza. Kemudian letak topping pilihan.
9. Bakar pizza dengan suhu 180'C selama 18-20minit atau sehingga masak.

Before


After
Before
After
Close up!!
Oh, tadi mommy buat 2nd round both beef pepperoni & tuna pizzas utk picnic kami bersama Areesya & mommynya K. Mariah. Syokkk layan pizza tepi pantai sambil ditiup angin petang Laut China Selatan. Huhu!!!ada perasa tambahan lagi......PASIRRRRR!!



1 comment:

tun_telani said...

sedap! dh lama betul tun x menguli doh wat pizza. hihiii.. tergelak je baca yg masuk pasir tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...