بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 18 September 2012

The Grand Old Lady, Miri

 Assalamualaikum.
Last Sunday sempena Hari Malaysia (kebetulan je sebenarnya cuti hujung minggu gak @Brunei) 4A+R g jalan2 ke Miri lagi. Hehe!!almost every month g Miri sebenarnya. Cuma this time selain g shopping kami melawat satu tempat bersejarah/ tarikan pelancong yang utama @Miri iaitu "The Grand Old Lady". Sedikit la mommy citer ye pasal Grand Old Lady ni (namanya mcm ala2 nak g melawat nenek kebayan jekan).
Gambar dr google: Grand Old Lady diawal pembinaannya.
Grand Old Lady @Miri merupakan sebuah tinggalan telaga minyak yg pertama di Miri, Sarawak. Terletak di atas bukit yang dikenali sebagai "Canada Hill". Kenapa ia dipanggil Canada Hill? Mengikut sejarah tempatan, ketika itu kawasan berkenaan didiami  oleh ramai pekerja dari Kanada. Pelombongan minyak yang pertama di Canada Hill telah dimulakan oleh Dr. Erb pada 10th August 1910. Manakala minyak dijumpai buat kali pertama di Sarawak adalah pada 22nd December 1910. Orang yang bertanggungjawab dalam penemuan minyak pada masa itu ialah Charles Hose, Residen di Miri. 
Ni gambar pinjam gak sbb daddy xbwk lens utk full view. Next time pegi snap smula.Hee!!
Grand Old Lady telah ditutup operasinya pada 31st October 1972 & kini menjadi sebahagian dari tempat bersejarah. Tarikan pelancong di sini bukan sahaja berpusat pada tugu peninggalan Grand Old Lady tetapi juga Muzium Sains Petroliam yang dibina bersebelahan dengannya.
Dari puncak Canada Hill ini, kita boleh lihat hampir keseluruhan bandaraya Miri & tidak ketinggalan platform2 minyak milik Shell Petroleum. 
Kawasan ini juga amat sesuai untuk aktiviti riadah (jogging & bersukan) bersama2 keluarga.

Disekitar Grand Old Lady ini telah didirikan tugu2 yang menceritakan tentang sejarah perlombongan minyak di Sarawak dari awal penemuan sehingga ke era moden. 
Di sini juga dibina replika bagaimana orang2 di masa dahulu menggerudi minyak menggunakan tenaga manusia (drilled by cable tool method). 
Setelah kesian tgk pakcik2 tu berpanas membanting tulang, maka Arfa & Anis pun berbesar hati menolong, kik3x.....
Nasib pakcik2 tu x ikut kami balik Brunei, kot2 nak korek minyak kat Brunei plak. Relax je pakcik2 tu walau berpanas berkurun lamanya, kami yang kejap je ronda2 tempat tu pun dah terasa bahang. Sampaikan Ahdia terus dapat 'high fever'. Ini dah 2 hari cuti sekolah sebab demam blm kebah.
Arfa dengan replika "nodding donkey pump"....kat Brunei bersepah pump ni.

Last but not least mommy preview je dulu pintu masuk muzium petroliam, next time citer. Kami gagal dengan misi nak berjumpa dgn dinotrek sbb bumbung muzium bocor (haish!!!!20/9/2012 plak baru siap repair). Tunggu la ye citer pasal muzium petroleum plak.
Ramai yang frust sebab tak dpt tgk Dinotrek. 
Muka2 frust
Tak dapat masuk jumpa Dinotrek, bergambar pun jadila.
Insyaallah, next time datang lagi.

14 comments:

Mak Wardah said...

Unik tempat ini, harap satu hari boleh sampai

~~zana@pb~~ said...

Assalammualaikum Ros...akk plan nak ke Sarawak kalau ada tiket murah nnti. Kalau jd rancangan ros tu, rasanya tak dpt jumpa sb akk balik kl, kelantan dan cuti2 Bandung.

Kak yon said...

Salam ros..
Menarik tempat ni.ada peluang teringin nak pergi..

rostina76 said...

insyaallah mak wardah ;)

rostina76 said...

waalaikumusalam....lagi best drive kak dr KK ke sarawak. blh pass by brunei (rumah kita le). kami p sabah awal cuti tu, pastu blk semenanjung gak plannya. insyaallah next time kalau ada jodoh blh jmp ;)

rostina76 said...

salam kyon...kalau teringin apa salahnya. hehe blh kami bwk bkenalan dgn pakcik 'LEH' tu ;)

izan mama mia said...

menarik juga tempat itu,..entah bila dapat terbang ke sana...comel buah hati akak yer,..

m.u.l.a.n said...

belum pernah ke miri.. interesting ni..

Suliana Sulaiman said...

owh miri pon ada pertosains ye..su pon tak pernah smp ke miri lagi

rostina76 said...

tq izan...btw mia lagi cumey ;)

rostina76 said...

hehe, tule kak. byk lagi tmp2 interesting @malaysia tercinta kita ni

rostina76 said...

yup, ada. tapi xde la sebesar @klcc tu su but atleast bg peluang penduduk setempat yg xberpeluang ke semenanjung kan?

Ryne Moza said...

..dah pergi time cuti mid-semester October yg lepas..memang best..

rostina76 said...

Ryne pergi petrosains gak ekk. kros blm masuk sbb aritu pegi ada maintenance (xde rezeki masa tu)...In Shaa Allah pasni kena g lagi bg memenuhi permintaan anak2 ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...