Assalamualaikum.
Maaf ye, N3 harini mommy rasa nak merapu la skit. Tak tau le, lately ni mood mmg macam kena REPROGRAMMING je. Mungkin kesan dari xpuas balik beraya aritu yang sekejapppp je rasa, jiwa mommy ni bagaikan dironta2 dari dalam nak g 'berjalan2 tukar angin'. Boring teramat asyik sedut angin Laut China Selatan je, sekali sekala rasa juga nak sedut angin sejuk @North Atlantic Ocean. Hahaha!!!berangan.
Ditambah pulak dengan Year End school holiday yang bakal tiba tak lama lagi ni. Mommy dok sibuk le survey sana, survey sini konon2nye nak try kenen2 BIG BOS. Banyak dah jugak proposal mommy yang kena reject setakat harini. Nampak gayanya telan angin Laut China Selatan lagi le. Dok pun menyelam @ Selat Melaka ja.
Aduhai!!!!windu plak rasa nak gedik2 berdua aje tanpa gangguan 3A macam dulu2. Ahaks!!
1st honeymoon tahun 2001(sejurus lepas akad nikah) @Pulau Perhentian, Besut (kampung mommy tercinta ni)....Sayang sungguh masa tu xde gambar kenangan. Uish!!!nape ekk, takkan 2 engineers masa tu xmampu beli kamera? Haha!!!duit abis buat kawin gamaknye.
2nd honeymoon tahun 2002 @Bintulu (hehe!!!xde le honeymoon tapi ikut daddy outstation ja). Mula2 kawin mesti sedaya upaya nak kepit bini kan, dah lama2 ko duduk diam2 @rumah ye jaga anak, suami g cari nafkah. Huhu!!!iyolah.
3rd honeymoon tahun 2005 @Qatar. Xde maknanya honeymoon sebab Si Arfa dah ada masa ni (ikut gak dia) & Anis pun sibuk dok menendang2 dalam perut mommy. Masa ni mmg gamble je g Qatar berdua dgn Arfa & Anis 7 bulan dalam perut (daddy dah ada @Qatar keje). Masa check-in @KLIA, dorg tanya dah berapa bulan ni pregnant? Mommy selamba je bohong sunat "5 bulan".....Hehe!!!sanggup tu sbb nak gak g Qatar. Kalau terberanak dalam Qatar Airways kan best, dapat jadi anak angkat Qatar Airways si Anis ni.
4th honeymoon tahun 2006 @Beijing, China. Yahooo!!!yang ni mmg betul2 honeymoon yang best. Dah le mommy 1st time (1st & only rupanya) tengok salju. Nak main2 xdapat sebab masa tu baru abis winter & nak masuk spring. Salju pun dah tinggal kerak2 je, huhu!!! Arrrgh, bila nak dapat pegang salju lagi ni.
5th honeymoon tahun 2009 @Auckland & Rotorua, New Zealand. Ya ALLAH, tak sangka boleh sampai NZ & menikmati keindahan ciptaanNYA yang begitu mempersonakan. Pengalaman yang cukup indah & tak tau le ada ke tidak lagi peluang ke sana. Bila tiba saat berangkat pulang terasa berat sangat nak tinggalkan bumi NZ yang indah. Dalam hati terdetik "bestnya kalau dapat stay @sini". Hehe!!!berangan lagi.
Masa balik dari NZ ni, 3A especially Arfa & Anis dah consider cerdik dah sikit....Membebel tak abis2 dorg sebab tinggalkan dorg & pergi mommy & daddy je. Kira mcm memberontak le jugak. Nasib baik akhir tahun 2009 tu daddy ada job @Singapore almost sebulan. So, kami tak lepaskan peluang menyibuk gak dalam seminggu @Singapore. Alang2 daddy dapat hotel free kan, rugi le kalau kami tak g kacau. Hahaha!!!
Btw masa kami pergi dulu USS baru siap tapi blm officially bukak, so mmg melepas le masa tu nak masuk. Arfa skrg ni dok sibuk sebut nanti kita g ekk, nanti kita g ekk? Dalam hati mommy "jom2 kita g, pujuk le daddy fan g USS". Hehe!!!anak meronta2 okey skitkan, nanti kalau mommy yg meronta2 daddy mesti banyak alasan.
February 2011, officially migrated to Brunei. Atlast stranded @sini hingga ke saat ini. Huwaaaaa!!!!susahnya nak g holiday sekarang ni since daddy dah kena ikat kaki & tangannya kat tangki minyak Sultan Brunei ni.
Tapi tule, bila terkenang2 semula kenangan di tempat orang rasanya kenangan yang paling indah & tiada tolok bandingnya bagi mommy of course @Madinah & Mekah. Kadang2 rasa Ya ALLAH, sempat tak lagi ni nak jejakkan kaki kami ke tanah haramMU? Moga2 ALLAH panjangkan umur kami & lapangkan rezeki kami untuk sampai ke Madinah & Mekah secepat yang mungkin. Amin2...
Eeeeei, lambatnya cuti. Bosan dah le rasanya. Tak kisah le gi mana2 janji best. Borneo pun tak sempat nak round lagi. 4A + R round Borneo jelah dulu. Harap2 kaki & tangan BIG BOS boleh terlepas. Amin3x....
4 comments:
wah Ros dah banyak tempat gi makan angin ek mudah2an rezeki akan melimpah ruah lagi dinegeri Brunei dan dapat melancong lagi...
salam kak Ros,
wah bestnyer berpeluang kenal negara orang yer......alhamdulilah.....
Ros, good family, mamanya cun, anak2 comel2 & doa akak Ros sekeluarga sentiasa sihat dan bahagia, dipermudahkan Allah segala urusan & dunia & akhirat. Ameen
byk nye tempat che yu dah gi..binatang yg kt qatar tu skrang ni dah burok dah..
bile la kirah nk smpai brunei ni??
Post a Comment