بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 14 September 2012

Umbut Kelapa ?

Assalamualaikum.
N3 ni just nak jotdown satu penemuan baru buat mommy. Hahaha!!! macam jumpa benda pelik je kan? Nak story pasal UMBUT KELAPA la weh.... Sukale makan umbut kelapa ni. Actually since makan @rumah jiran time dorg celebrate new year 2012 a.k.a kenduri doa selamat, mommy dah mula suka dengan umbut kelapa masak lemak ni. Macam simple je juadah dorg tapi bila makan mmg ngam le. Masa tu rasanya dorg hidang ayam masak kicap, masak lemak umbut kelapa & a few side dishes. Cuma disebabkan 1st time kenal maka segan la kan nak bertambah (ikutkan hati mmg nak tambah. kik3x...) Oh ye, rasanya mmg style dorg ni kalau ada majlis apa2 pun makan ciput je, tapi blm sempat kita abis makan dah sibuk nak 'tapau'.....Huhu!!!haru betul masa 1st time join majlis/kenduri dorg ni. Chewah!!!kita ala2 bersopan la kan makan slow2 sambil suap2 manja anak2, sekali blm abis kita makan dorg dah mengemas dah lauk pauk utk di 'tapau'......Hah!!!ambik ko, terkocoh2 mommy makan. Budak2 nak makan lagi siap cakap, dah2 dorg dah nak kemas. Hehe!!pengalaman tempat orang. Satu lagi makan majlis apa2 pun mesti kena guna sudu+garpu.....Duduk atas kerusi ke, bersila ke mesti guna sudu+garfu.  Haru le ko kena jeling kalau makan pakai tangan.... Hatta masa open house rumah ustazah baru2 ni pun, si Arfa siap p dapur basuh tangan & selamba makan dgn tangan. Ditambah lagi dgn favourite dia daging masak hitam, sekali ustazah tegur "Suka banar si Arfa toh siap pakai tangan makannya"......Hehe, kita mmg dah azali suka makan pakai tangan kan? Pastu kalau dorg buat majlis tak mcm kita ada kerusi & meja tapi dorg lauk pauk hidang style buffet & kena makan atas kerusi/bersila dalam rumah je. Duduk bersila pun kena pakai sudu+garpu tau. Kalau kena ayam yg keras tu tekan le atas peha dgn garfu.....Hehe!!!
Alamak, pjgnya mukaddimah. Sebenarnya nak tayang masak lemak umbut kelapa yang mommy masak semalam je. 1st time masak umbut kelapa sendiri ni, tapi ptg tu dah siap2 berguru dgn ustazah cara2 nak masaknya (takut le tersilap langkah, better clarify dgn org yg tahu kan).
Untuk yang tak pernah tengok rupa umbut kelapa ni mommy ada pinjam gambar dari kak Nannie
Laaaa, rupanya umbut kelapa ni yang bahagian atas pucuk. Hehe!!!mati2 mommy ingat tang akarnya. Satu lagi ilmu baru harini. Terima kasih kak Nannie for the info.
Gambar @bawah ni plak masak lemak umbut kelapa mommy semalam. Harini after 'perangat' baru teringat nak snap gambar.....Itu yg dah pecah minyak jadinya padahal masak lemak ni tak ditumis pun. Mungkin santan pekat sangat, bila dipanaskan lama2 pecah minyak jadinya.
Resepi sempoi santan+bawang merah+udang kering. Makan dengan sambal belacan lagi....Sedapppp!!!oh btw mommy conquered sorang2 je sebab daddy xsuka segala jenis masak lemak putih. Budak2 layan kari ikan dengan daddy dorg.



6 comments:

Suriyana S Aflazal said...

Asslamualaikum Rostina...apakhabar.chewah umbut nyior ye...terus terang bgtau last makan umbut kelapa fresh masa arwah nenek tebang pokok kelapa depan umah dia berpuluh tahun dulu..matematik fail..tapi ingat lagi tahunnya 1983...lama tau.lepas tu memang tak pernah makan or jumpa kat mana2....mana nak carik umbut ni zaman sekarang ada jual kat pasar dak?kalau rebung tu ye la selalu jumpa...

Bicara Kak Noor said...

sedapnya Ros akak pun suka snagat dgn umbut kelapa ni tapi betul lah payah nk jumpa yang ada banyak umbut kelapa sawit je kalau kat tamu kan

Chik Att said...

Salam....

Umbut kelapa ni memang sedap .....nak dapatnya pun susah.

rostina76 said...

Waalaikumussalam Suriyana S Aflazal.....lama tak nampak u? btw huhu!!!sama le sebenarnya dgn ros dah lama bebenor tak jmp umbut nyioq ni. dulu masa kecik2 pernah makan @kenduri kawin tapi dorg buat acar....rasanya puluhan tahun jugak tu. bila dtg brunei ni banyak plak jmp masak lemak umbut kelapa ni. 1st makan itula awal 2012, pastu bulan puasa aritu makan @Polo Club time berbuka, awal bulan sept aritu makan kenduri rumah Bicara kak noor. itu yg bila nampak je dorg jual, terus ros beli nak try masak sendiri.

rostina76 said...

Entoh le knoor....tak kenal plak mana yg umbut kelapa@umbut kelapa sawit. yg kenduri rumah knoor aritu umbut apa? sedap juga makan dgn ayam tu.

rostina76 said...

Salam Chik Att
Memang susah gamaknya di Malaysia, itu yg jarang2 terjumpa kan. btw serius la sedap....lemak2 manis....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...