بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 2 September 2012

Indahnya beraya di desa......


Assalamualaikum.
Wahhh!!!!lamanya kami cuti raya. Hampir 3 minggu tak berceloteh. Mommy ni bila 'mute' blog kjp mula le berat je jari jemari nak start semula. Bila dah dpt momentum tu, Insyaallah laju je. Hehe!!!sebenarnya ada juga citer nak jotdown tapi tule, KURANG RAJIN. Kita start heat engine dengan cerita-ceriti raya la ye. Actually takde yang istimewa sangat raya 2012, cuma bagi mommy cukup bermakna sebab dapat berkumpul dengan semua adik beradik kami. Yang nun di Saudi (family ayah Teh & family C.Dae) pun semua dapat balik. Saudara mara kami mmg tak ramai sebab mok cuma ada 'poksu' seorang je adiknya tapi alhamdulilah kami 7 beradik la penambah riuh rendah dalam family mommy. Bergurau senda & bergaduh pun mmg kami 7 beradik le selalu pun. Yang lagi bermakna, alhamdulilah kami sempat le jugak berbuka puasa @Besut masa last day puasa tu. 
Kami balik Malaysia 16/8/2012. Transit KLIA, kemudian terus amik MH ke Penang. Buka puasa mmg atas flight masa tu (makan je kurma yg mommy bekal & kongsi kid's lunch pack 3A ni yg dapat dlm flight RBA (Royal Brunei Airlines). Nasib request kids meal dpt juga tapau kalau tak mmg burn la sebab kami semua puasa. Ohw lupa nak mentioned, Ahdia dapat puasa 3 hari FULL masa @Malaysia. 1st day masa otw dr Brunei ke KL. 2nd day masa kami last minutes shopping @Penang & 3rd day otw dr Kulim ke Besut. HEBAT le adik Ya!!!!
Hari kedua kami @Malaysia; just spending the whole day shopping raya @ Parkson Seberang Prai. Masa berbuka Mak Lang (adik daddy) bawa kami semua (ehem termasuk makwe Pakcik) ke sebuah restoren ala resort (Puncak Mutiara Cafe). Punya le ramai org kat situ walau kedudukan di ceruk kg. Mak Lang bgt tempat tu famous sampai masuk JJCM Tv3. Konsep ladang ternakan & santai sambil menjamu selera. Memang cantik & best tempatnya.......Heheh!!!rege pun boleh tahan. Takpe, tokey minyak bayar (kata tok wan setahun sekali berabis). Yang frustnya service lembab (mungkin sebab terlalu ramai customer). Cuma sayangnya daddy xbawak kamera & snap moments kami kat sana. Ralat juga, tapi itule mana nak tahu tempat tu okey. Ingatkan berbuka @Restoren mamak je almaklum le depa semua tu anak buah mamak. Kik3x....ampunnnn!
Okey 3rd day kami bertolak balik Besut.....Yeayyy!!!sampai sudah ke desa ku tercinta. Over la mommy, daddy pun bengang je. Nasib baik sepanjang perjalanan tu smooth je tanpa ada jamm teruk (sepanjang2 perjalanan mommy tak putus2 berdoa semoga kami sempat sampai & berbuka dgn semua org). Bertolak pukul 2pm sampai ngam2 7.30pm.....Memang AJAIB sebab xde jamm. Alhamdulilah.....
After that mommy dah lega & feeling pun dah cool down. 3A le plak yang excited terlebih2 sebab dapat jumpa geng2 sepupu sepapat dorg & yang paling seronok dpt main bunga api. Kat Kulim sepupu sepapat kecik2 lagi jadi kurang happening tapi @Besut ni sepupu semua lebih kurang sebaya..... Itu yg membuatkan dorg lagi happening (bukan bias nak upkan desa sendiri ye daddy....heeee). Sampai sini le cerita ceriti kenangan balik Malaysia. Lets the pictures do the talking......
LAYAN GAMBAR KENANGAN RAYA





















Gambar2 raya kami yang lain boleh tgk @FB mommy.
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!

8 comments:

yan's cottage said...

salam rostina.....
selamat hari raya untuk ros sekerluarga..!!!! maaf kalau ada salah dan silap harap di ampun....
raya sakan nampaknya ros tahun ni....!!!!!

Amie said...

Bestnya! Beraya sakan ye...

lady lavender said...

selamat hari raya ros :-)

p/s: tgk gambar last mmg besar family ros. Time mcm ni le seronok dpt kumpul ramai2 kan!

PatinPasta said...

Kak Ros,
Amboi! MERIAHnye suasana raya! Mesti seronok :)

Selamat hari raya Aidil Fitri buat Kak Ros sekeluarga. Maaf zahir batin.

izan mama mia said...

meriah..nyer....tentu seronok sangat kan

rostina76 said...

salam yan...
selamat hari raya juga bt yan&family....maaf zahir batin.
raya sakan sbb semua dpt blk....

rostina76 said...

besttttt sgt!

rostina76 said...

selamat hari raya LL.
mmg besar family ros. tapi bila bkumpul rasa mcm sikit je adik beradik.hehe!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...