بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 4 April 2013

Calzone (curry filling)

Assalamualaikum & good day. 

Juadah minum petang Selasa lepas. Mula2 plan nak buat karipap tapi malas nak mengetip so end up tukar jadi Calzone. Resepi ni ada dalam buku 'Menyediakan Roti MyResepi' yang mommy selalu refer buat roti sebelum ni. Pernah tengok 'Buddy Valastro' yg Kitchen Boss buat tapi versi original Italian/French la, yang mommy buat ni dah diolah inti ala2 Malaysian gitu.


 Untuk pengetahuan semua Calzone ni mmg dorg buat besar gedabak & tebal tapi yang mommy buat ni kecik skit (ikut saiz mulut2 dlm rumah ni). Kalau ikut adunan dapat 4 ketul je, tapi dah alter dapat 6 ketul (itu yg nipis je roti.....tapi sedap gak baru abis semua makan kalau tak dorg dok kutip makan inti je). 


Masa mommy baked Calzone ni daddy dah balik kerja, mencari2 makanan. So, siap aje kuar dr oven terus served kat dia (bebudak ni pun terus le jugak nak). Itu yg posing pun main sempat jelah dalam dulang. Sekejap je 'Out of Stock'..........Pasni kena buat lagi la nampaknya, variasikan rasa international plak. Mommy jotdown recipe @bawah, senang nak buat lain kali.

Bahan2 Roti:
170 g air
300g tepung roti/high protein
30g mentega
30g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil pelembut roti (mommy tak letak) -optional

Bahan2 inti:
200g daging/ayam kisar
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar (didadu/hiris halus)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 biji kentang (didadu) - optional
Keju mozarella (mommy guna cheddar)
Garam
Gula 

Topping:
1 biji telur + 2 sudu air
Keju cheddar parut secukupnya

Caranya:
1. Masukkan semua bahan2 roti mengikut urutan ke dalam mesin roti. Pilih menu 'dough' (no 10 utk kenwood BM). Tunggu sehingga siap.
2. Sementara itu, sediakan inti: Panaskan minyak & tumis bawang putih sehingga garing. Masukkkan cili kisar & tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan bawang besar, ayam & kentang. Goreng sehingga masak. Masukkan perasa garam & gula. Sejukkan.
3. Keluarkan doh dari BM. Bahagikan doh kepada 4 bahagaian. Biarkan selama 10 -15 minit.
4. Ambil sebiji doh, buat bentuk leper lebih kurang 15cm dgn menarik2 bahagian doh dgn tangan (elak menggunakan rolling pin yg boleh memyebabkan calzone menjadi keras).
5. Letakkan inti di tengah2 doh. Tabur keju secukupnya. Tutupkan doh & kelim tepinya mcm karipap/tekan2 aje supaya bercantum. Buat sehingga habis. Biarkan Calzone kembang 2 kali ganda sebelum dibakar.
6. Sapukan permukaan Calzone dengan telur. Tabur keju parut cheddar ke atasnya. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170'C.

6 comments:

ummuaidan said...

Calzone ni first time dengar..sbb jakun kan..heheh..ala2 roti gitu yer ros..nampak sedap tuh..teerlir jgk nie..hehe

m.u.l.a.n said...

yummeehhh... ha aahhh si buddy tu pernah buat kat tv..

Nastyna said...

owh menarik, nama pun dah seksi sangat.. boleh la saya try, tak menjadi pun takper, nama tu penting hihi.

NEKCIK said...

Salam Ros..susahnya nama..tak penah lagi...

Rezwatisman said...

ummuaidan: ros pun jakun gak tapi sebab tertengok itu yg tahu. btw rasa mmg sedap (puji sendiri, ahaks!!)

m.u.l.a.n: kannnn, tq tu buddy introduce this to me

nastyna: seksi ko???mcm ganazzz jah dgr.

nekcik: tu le nekcik...tergelincir gak lidah menyebutnya

hainom OKje said...

macam sedap je ros....tapi tak de mesin roti so camne tu??? kena guna tangan punya mesin ke haha... boleh jadi tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...