بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 5 April 2013

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut

Assalamualaikum & good day.
Petang semalam mommy buat eksperimen 'Kek Gula Hangus@Kek sarang Semut' & resultnya kurang menjadi. Ada a few reasons kenapa kurang menjadi (kenapa mommy kata kurang menjadi sebab ada le jugak bersarang tapi sikit je & lubang2 sarang semut tu pun kecik2 je. Dari segi rasa pun kurang kenyal seperti yang sepatutnya).



 Reason utama 
(kemungkinan atas sebab2 di bawah tetapi tak tahu le kot ada silap yang lain):
1. Mommy kesuntukan masa untuk membakar sebab rushing g amik daddy. Sepatutnya bakar 1- 1 1/4 jam tetapi mommy bakar dalam 45 minit je. Tapi lepas off oven mommy biarkan kek dalam oven & buka sedikit pintu oven. Alhamdulilah masak cuma mungkin sebab tu kot tak cukup kenyal.
2. Mommy kurangkan kuantiti gula untuk buat gula hangus tu tapi amount air sama. Resepi asal 2 cawan gula tetapi mommy guna 1 - 1/4 cawan saje (kononnya takut manis sangat, so colornya tak hitam sangat & cair).


Pepepun, mommy suka juga tekstur keknya yang separa kek biasa + sedikit kenyal mcm real kek gula hangus. Bila semalam bagi tested kat daddy plak dia makan cuma 2 slices je (after all daddy mmg kureng sikit makan kek ni, he prefer kuih muih especially yg sedikit spicy cam karipap tu....hahaha!!!! karipap lagi). Another 3A belum try lagi semalam sebab dorg dok mewah jamu mulut dgn mashmallow & chocolate wafer.  So, harini baru dorg layan. Feedback dari Ahdia paling best sbb dia jerit sedapppppppnye (ikhlas tu adik cakap). 



Walaupun macam tak puashati tapi mommy jotdown & tayang le jugak hasilnya. Next time kot2 nak buat lagi senang nak refer @Wind of Change. Resepi ni mommy ambil dari blog K.Madiha & resepi asalnya dari Cida de' Nuanza. Tqvm kpd K.Madiha & Cida atas resepi yang dikongsi.

---------------------------------------------------------------------------------------
Bahan2 Gula Hangus:
(Buat yg ni dulu sblm bancuh adunan)
2 cawan gula pasir (K.MaDiHaA guna 1 1/2 cawan + 1 sudu besar)
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega

Cara:
1. Masukkan gula dlm kuali atau periuk.
2. Bukak api sederhana kecil...
3. Sentiasa kacau2 gula sampai larut, sampai warna jadi keemasan macam madu..
(Kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik.
Nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula yang hangit).
4. Pastu, masukkan air panas dlm gula td...
(AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2 sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti).
5. Pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air... Cairkan semula...
6. Bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan

Bahan2 lain:
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai (MaDiHaA guna 1/3 tin susu yg tinggi sikit tu)
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1. Pukul telur sampai kembang.
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh)
2. Pastu masukkan susu pekat, kasi blend lagi sampai sebati. Masukkan pulak esen vanila.
3. Ayak tpg gandum + soda + baking powder
Masukkan dlm adunan..teruskan blend
4. Last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td... blend lagi!
5. Bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius.
(5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
Kalau kek blm masak, tambah 5 mnt lg)
6. Biarkan sejuk sblm potong
(Nota Cida : utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut).

2 comments:

hainom OKje said...

My PIL suka benda ni.... tapi menantu hantu ni malas nak buat...haha...kena tunggu bulan jatuh ke riba agaknya hehe

rostina76 said...

hahaha....kesian ur PIL dapat hantu jadi menantu dorg. btw jgn le merendah diri, saje je tu memalaskan diri. sekali merajinkan diri mesti terer wat trus jadi tak mcm kita ni buat xmenjadi .huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...