بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 24 April 2013

HOMEMADE CHOCOLATE

Assalamualaikum & good day.


Aduhai!!!!!busangggg betul bila line internet tenggelam timbul macam badak berendam ni. Bila time ada mood nak jotting down entry, xleh nak access blog, pastu harini bila ada line idea plak tenggelam timbul dgn badak2 tu sekali.


Kecik je sizenya sesuai utk amatur mcm mommy ;)

Takpela, kita mulakan dengan new field of experiment mommy lately ni. Bukan gempak sangat pun tapi mommy dah start berjinak2 dengan Homemade Chocolate plak. Actually impian nak bukak buat kedai coklat untuk 4A+R ni dah lama since last year masa baru2 beli 'chocolate melting pots' yg cute (mcm gambar kat atas). Senang sangat nak handle 'melting chocolate' sbb dia ada non-stick pots & blh control temperature supaya chocolate kekal melt sepanjang tempoh kita proses coklat (takyah risau2 kot terhangit). Yang mommy paling suka sebab senang nak bersihkan. Just lap dgn kitchen tissue bila dah siap buat kerja. Pots tu plak xyah rendam lama2, terus je basuh dgn sabun pinggan mangkuk biasa.






Cuma dulu masalahnya tak tahu mana nak g cari supply chocolate compound @sini. So, happen to my neighbour (K.Maria yg wartawan tu) suka buat chocolate & bagi kat bebudak 3A ni. Mommy pun dptkan la info drp dia & last week kebetulan dia pergi beli barang2 buat coklat ni, dia belikan lebih utk mommy. 



Alhamdulilah!!!!akhirnya jadi jugak experiment homemade chocolate plak. Ohw!!!btw bagus sangat tau buat & make sure homemade chocolate ni ada dlm stok sebab its will help those yg nak diet. Mommy pun lately ni jarang2 buat juadah petang (yang obviously mmg tlg menggemukkan mommy selama ni). Kalau rasa nak ngap, mommy crunch seketul...........tahan le nafsu nak makan tu about few hours.


Teddy tu ada filling almond nibs, yg crown & shell combine dark&white chocolate. Manakala yg square ada hazelnut seketul each. Btw ada lagi mommy buat yg love shape warna pink tapi dah abis.


Yang penting bila buat sendiri coklat ni, kita tau apa yg kita blh control especially kemanisannya. Yang mommy buat ni pure using chocolate compound je tanpa additional sweet/milk/honey etc. Mommy just tambah almonds nis, hazelnuts & pewarna (just for 3A sbb nak atrract their attention& appetite je). 


The best kalau guna dark chocolate, dia pahit2 sikit but seriously recommended utk yg nak diet. Pastu mommy perasan, kalau dah crunch coklat tu seketul due, after that sure nak minum plain water/sky juice. Hahaha!!!!!confirm lebih 8 gelas aku teguk everyday. Kalau makan kuih muih, tak sah kalau tak pekena teh @ kopi kan? Haaaah!!!!apalagi jom buat coklat pahit plak.


(ayoyo!!!pasni kena make sure lose weight la ye sbb confident je makan dark chocolate dia leh kurus......agagaga!!!)






15 comments:

Kuazue Mohd said...

good..good...hihihihi..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ceklattttt!! kawan sy tinggal di Brunei pun kata susah nak cari coklat compound kat sana, betul ke???

Tihara said...

comel2 coklat akak, periuk nya pun comel..

***masa saya gi umrah bulan 2 hari tu pun tak ada nampak bunga kurma..masa tu kat ladang kurma di Madinah..Kuasa Allah, balik Malaysia, pokok kurma belakang rumah berbunga.. :)

ummuaidan said...

salam mamaros..
kreatif tullah mama nie..buat homemade cokelat lak...tp kena ade mesin kan baru leh buat...dl teringin jgk nak buat tp tak cukup brg/bhn...huhuh

Eza Boom Boom :) said...

Eza still tak reti nak buat homemade cokelat ni. huhu.. berapa harga chocolate melting pots tu mommy? hihi..

dah suka entry ni, Eza follow terus blog mommy :)

hainom OKje said...

haha..... Ros okje tak terfikir pun dalam kepala ni nak buat home made coklat apa lagi yg dark...hehe
Tapikan Ros tak teringin ke petang2 tu makan yang pedas2 gitu......asyik makan lemak2 manis je haha

yan's cottage said...

nampak comel2 je...

nurbijen said...

wah, cokelat pun boleh wat sendiri.. kagum kagum...
tapi bagus juga kalau boleh kawal kemanisan tu, nak telan byk2 pun tak risau sgt :)

lady lavender said...

Eksperiment yg sgt berbaloi ros! Dah tentu jugak terjamin bersih & suci. Btw rajin sungguh mommy ni :D

nea lopah said...

rajin nya...sy tk pernah cuba bt choc home made ni lagi. hehehe

Mamasya said...

Aslmkum Ros
choc buat sendiri..pasti suka anak2 Ros mkn..comei bentuk kerang itu. ada satu kedai bakery dkt Gadong yg selalu pergi dulu..juga ada kelas baking.juga jual brg2 baking tp dah lupa samada choc ada tak jual.

ni blognya;
http://www.leapplebakery.com/

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ros. Kak Ros pun dah lama dah buat chocolate, teringin la pulak,Pasal restorant sampan tu,anak buah Kak Ros cakap kawansan tepi pantai Queensbay.

rostina76 said...

Kuazue: very gooooood

Seri Kandi Tanah Jauhar: ada la tempat jual tapi xbyk. Yg ni pun jiran beli jauh gak @bandar

Tihara: comel mcm tuan yg buat ekk, heheh perasan. btw tq

UmmuAidan: xperlu mesin bagai la UA. cuma guna coklat compound (bkn cooking chocolate ye) pastu filling klau nak tambah kekacang je. klu xde melting pots tu blh je cairkan atas air panas tapi leceh skit je

Eza Boom boom:nanti next N3 kros tunjuk ekk, sonang ajoo (alahai ekk le plak mommy ni). btw pots tu dlm rm200++ kot (lupa dah). kros beli online dr FB@barangmurahUk....eza try cari dlm FB kros tu ;)

okje:sajeeeee je okje nak goda2 kita buat kuih jugak :P

yan's cottage: tq yan :)

nurbijen: xyah nak kagum sgt nur weh, malu aii tau. kik3x....tapi mmg best klu buat sendiri, xmanis sgt

LL: mommy kena merajinkan diri ibu, kalau tak mommy busanggg. haru klu mommy tido ptg2, bengap rasa otak

neo lopah: cubala neo lopah, kat kuantan senang cari bhn2 kan?

Mamasya: tqvm kak. really appreciate akak bg link ni. kat situ jugak la jiran ros beli. mmg kat situ je rasanya @Brunei ni yg dok ada

Puan Ros: tq kros bg info pasal restoren sampan tu

Nastyna said...

wah akak, ini sudah melampau tahap chef ni. HUhuhu best nya dapat buat ceklat sendiri, mmg berbaloi.

ishamizu said...

Wah bestnya kak ros!! Bley buat biz ni ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...