بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 18 May 2013

Chocolate Chips Bread


Assalamualaikum & good day.
Ini plak recycle resepi roti coklat tapi instead of letak filling chocolate cream mommy just letak filling chocolate chips. Hehe!! Gebus sangat sampaikan makan satu rasa tak kenyang. Jom meroti.





Bahan2:
140g air
1 biji telur (telur + air =190g)
300g tepung roti
30g serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
30g gula kastor
30g mentega
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pelembut roti (mommy tak letak)
Chocolate chips secukupnya

Caranya:
1. Masukkan semua bahan2 (kecuali chocolate chips) mengikut susunan dari atas ke bawah ke dalam mesin roti. Pilih menu untuk 'bread dough'. Tunggu sehingga doh siap.
2. Keluarkan doh dari BM & tumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Bentukkan bulat. Biar selama 10 minit.
3. Ambil sebiji doh, buat bentuk leper & kemudian tabur dengan chocolate chips. Tutup rapat2. Biarkan doh kembang 2 kali ganda daripada size asal.
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180'C selama 12-13 minit.





Happy Weekend !!!!


6 comments:

Mamasya said...

Slmt berhujung minggu Ros
nampak gebus roti coklat itu....sedap mkn yg panas2 fresh from oven..

ummuaidan said...

Mmg nampak gebusnya tuh..tp selamat dr menterliurkan lagi sbb baru habes dinner...heheheh..

nurbijen said...

wah menggoda nya roti tu.. ni rasa nak order BM terus ni... hihihi

tun_telani said...

wahh!! gebus!! dh lama rasanya x meroti..

hainom OKje said...

Dari dulu teringin nak buat rotilah Ros...tapi tak de mixer tu....pakai mixer tangan boleh lembut ke?

rostina76 said...

mamasya: hehe, lambat ros balas komen. btw kami berhujung minggu ke miri last week.

ummuaidan: sib baik mak buyung dah kenyang

nurbijen: order la nur (ehemm, kea tgh byk duit tu?) kros beli ni pun order dr UK, kat sana murah nur.

tun_telani: geb's mcm tuannye la tun. blm berjaya mengempiskan badan tuannye ni.huhu sedihhhh

hainom okje: hehe, blh le nak mixer tangan tapi penat sikit le menguli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...