بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 23 May 2013

PAVLOVA

Assalamualaikum & good day.
Wah!!!!N3 yang ditunggu2 oleh mommy sendiri sebab resepi ni mommy peram dah lama. Kalau u all perasan, mommy dah lama tak buat cake (sbb takut gumuk. hahaha!!!boleh terima tak alasan gedik tu?). Actually mommy masih lagi berhutang cake birthday Ahdia & diri sendiri disebabkan alasan tersebut, di samping alasan yg paling kukuh = MALAS. 



Terjadinya pavlova hari Sabtu lepas tak lain & tak bukan sebab Ahdia keeps tanya 'bila mommy nak buat cake birthday mommy, adik nak bagi birthday card mommy ni"………alahai, rimas & kesian juga dengar berulang2. Itu yg last2 mommy fikir buat pavlova la ganti cake utk potong (ala2 potong kek birthday la sebab dorg nak bg kad, kalau tak smp sudah tak nak bagi). 



So, dgn syok sendirinya maka mommy bereksperimen la dgn resepi pavlova dari Chef Azli. Masih lagi ada perasaan berdebar2 especially dealing dgn meringue sebab telur yg mommy guna kecik (nasib baik chef Azli bagi dlm unit gram juga sebagai panduan). 

Bila siap, seronok tak terkata sebab jadi dgn moleknya terus suruh photographer Pro mommy snap gambar. Acara potong2 sendiri & ngap sendiri tu after dinner. Ahdia suke la sebab banyak fresh fruits. Daddy & mommy plak suka tekstur tu tapi Ya ALLAH!!!!manisnyeeee. Ada ke resepi pavlova yg guna gula sikit ? Kalau tak manis sangat mmg perfecto la utk mommy layan hari2 pun tak pe. Jom tengok resepi.Pepepun tqvm Chef Azli.



 Bahan2:
4 biji (120 grams) telur putih 
1 cawan (200 grams) gula kaster 
1/2 sudu kecil vanilla esen 
1 sudu kecil cuka makanan 
1/2 sudu makan tepung jagung 

Topping:
1 cup (240 ml) whipping cream 
1 1/2 sudu makan (20 grams) gula icing 
1/2 sudu kecil vanilla esen 

Bahan lain:
Buah segar - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, pic, nanas dan lain-lain buah mengikut kesukaan anda 

Cara membuatnya:
1. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. 
2. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur. 
3. Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan. 
4. Tuangkan atas kertas minyak dan bentukkan bentuk kubah selebar lebih kurang 18 cm diameter. 
5. Bakar dalam oven sepanas 130 darjah C selama lebih kurang 1 jam. Tutup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk. 
6. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar. 

Cara membuat krim: 
1. Pukul krim dengan gula dan vanilla sehingga kembang. 


15 comments:

Mixed-family in da house.... said...

wah penuh buah2an, i like.....tak laa rasa bersalah sgt kalau nak diet kan....kuikuikui

nurbijen said...

biasa saya kaurangkan sikit gula tu.. kurang ka sikit manis... mmg sedap, kan?

ummuaidan said...

sambut besday yer..hepi belated besday..heheh..
kat sini yg susahnyer nak dpt whipping cream tuh takut tak halal..selalunya pejam mata jerlah tgk resepi berkrim gini..:)

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..hepi belated birthday...Dah lama juga duk tgk orang lain buat pavlova..tapi mesti ramai yang cakap manis

Nisah Idham said...

Nisah suke makan pavlova.
buat nya baru sekali je..
hehhe memang marbeles punyee

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sedap ni, Kak Ros pun dah lama tak buat pavlova

izan mama mia said...

huhuuhu..xpernah makan..nampak sedap

~Mami Little Hero~ said...

Kak Ros,

kurangkan gula tu. jangan ikut resipi 100%. saya letak half cawan je gula. kalau 1 cawan mmg manis meleting kak. sedapnya tengok gambar pavlova tu.

Unaizah said...

Jelesnya saya kat wanita-wanita yg ada skills baking membaking ni. Blh jamu famili, kekawan, diri sendiri hihihi.

Teringin nak rasa pavlova ni tp tak tercapai lagi hasrat di hati.

myda_ahmad said...

suka tgk kejadiaannya,tp x pandai nk wt..

Amie said...

Cantik molek pavlovanya Ros... nak bawak larikkk...

lady lavender said...

tunggu ada kek dulu baru boleh bagi card yea??hehee...Anak2 mmg cam tu kan! Semua nak perfect & in order gitu..

p/s: ni pun salah satu resepi yg saya masih hold sbb risau buat takde org nak makan hihii..tak psl2 sendiri buat sendiri yg kena makan :-)

rostina76 said...

Mixed Family in da house: masa buat tak rasa bersalah sangat tapi bila ngap tu rasa gak bersalah.huhu!!

Nurbijen: sedap mmg sedap nur tapi manis….ohw blh ke kurangkan gula. kros risau takut xjadi meringue tu

ummuaidan: alaaa, segan nak annouce birthday umur dah banyak ni. heheh!!!!

Sue@Nenie: Wmslm. tq la wish, segan kita. itule sue mmg manis

Nisah: wah!!!nisah dah pernah buat ekk. advance tuuu dr kros ni hah

Puan Ros: sedap kros tapi manis sgt la . meleting kata ore kelate

izan: kena try izan. better late than never. KL byk org dual ni

Mami Little Hero: yeke, kurangkan half ekk? huhu!!!lurus bendul kros ni kalau bab2 baking. takut xjadi. pasni nak kena try lagi la dgn half sugar. tqvm

unaizah: alaaaa, jgn le jeles U. ros ni pun masih teraba2 juga baru nak belajar.hehe

myda_ahmad: kena cuba baru tau skills sendiri myda

Amie: jauhhhhh k.amie…sampai je sabah dah cair cream tu. yg tinggal gula belengas je. hehe

LL: itule miza. ros dah malas sebenarnya nak baking tapi dorg ni ingat juga. terpaksa tunai janji. bila dorg dok kata blh reduce sugar rasa mcm nak buat lagi je

ishamizu said...

Wow, terliur sy..tak pernah mkn lg pavlova..huhu..

Nway, happy belated birthday kak Ros! :)

hainom OKje said...

Rajin betullah Ros ni... Teringin nak buat..tapi tak tau bila haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...