بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 14 May 2013

Jelly Kelapa Muda

Assalamualaikum & good day.
Phewww!!!!cuaca tak menentu here in Brunei. Kalau panasnya Ya ALLAH!!!!kadang2 pagi pukul 7am pun dah memancar2 cahaya matahari. Harini nampaknya baru redup sikit, Alhamdulilah. 
Last Sunday, I had badminton match with Arfa (hahah!!!match le sangat, dah ala2 main tennis jugak). Masa tu mmg dah petang around 5pm, cuaca pun so-so la. Tapi bila dah kepenatan & kepanasan lepas match tu, mommy tiba2 tercakap "Fan, best jugak kalau dapat minum air kelapa time panas2 ni"…….Heheh!!!!apalagi dia mmg dengan sukarelanya g ambik tangga pulas buah kelapa muda. Dapat le 5 biji (banyak sebenarnya pokok kelapa keliling rumah kami ni). 
Dah daddy siap2 kopek, dapatle kami nikmati air kelapa muda segar hari Ahad tu. 

Daripada tu mommy dok berkira2 le nak buat Jelly Kelapa Muda since isinya lembut elok je. Maka, petang semalam siaple Jelly Kelapa Muda kami. Puashati makan kalau buat sendiri sebab boleh letak banyak2 isinya (kalau beli kan ciput je isi yg dapat).

Ini kali kedua mommy buat sendiri. 1st time buat last year time bulan puasa. Makan sejuk2, wah nikmatnya.
Resepinya mommy follow je arahan kat belakang peket serbuk agar2 cap 'Swallow'.

Bahan2:
1 peket serbuk agar2 (yg ni 7g)
200g gula pasir
10 - 12 cawan air kelapa muda (campur dengan air biasa pun blh)
1-2 cawan isi kelapa muda (yang diparut halus)

Caranya:
1. Campurkan serbuk agar2 bersama gula.
2. Tambahkan 1 liter (12 cawan) air kelapa muda ke dalam campuran tadi.
3. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih (sentiasa kacau campuran).
4. Sementara itu, masukkan isi kelapa muda ke dalam bekas & tuangkan campuran agar2 tadi sehingga penuh. Ulang sehingga habis.
5. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam sebelum disajikan.



8 comments:

inazamri said...

aduhhh sedapnya makan sejuk2 time cuaca panas camni...

ummuaidan said...

Kenapalah ade tayangan yang sebegini dimlm2 begini...nak jer rsnya srh cik asbenpanjat pokok kelapa skrang jgk..tp mana ade pokok kelapa pun..heheh

Mixed-family in da house.... said...

aarghhhh......tidaaakkkkkkkk....kak roz, ni favourite sayo nih...pahnih balik kijo nok gi beli laaaa.....

nurbijen said...

favorite saya ni... kalau ke pasar malam, mesti tak miss beli... tapi dah lama tak pergi pasar malam :(

lady lavender said...

memang kena sgt minum time cuaca panas ni ros! Jeless pulok dengar ada pokok kelapa keliling umah hehe..

rostina76 said...

inazamri: tuleee, panas bebenor. tekak asyik mengidam yg sejuk2 je

ummuaidan: heheh!!!kat sana malam ekk. xpela, nanti tido tu mimpikan cik asben panjat pokok nyiur.

mixed family in da house: huh!!!dok aci g beli.

nurbijen: sian nur. klu ada jual nyiur mawar thai tu yg kecik molek tu blh la try buat kot2 kempunan. btw @UK sejuk, xsyok sgt layan bende2 sejuk gok.

LL: okle tu miza….ros jeles tgk pokok pine @finland

ishamizu said...

Fav sy jgk ni kros..dulu2 siap beli dgn ank murid sbb mak dia meniaga jual jelly kelapa ni..aduh, tingat2 mkn time panas2 lps mengajar. huwaa..hihi..

hainom OKje said...

TQ atas perkongsian yang best tu Ros...haruslah cuba amalkan...rasa mcm pernah dengau je sebelum ni
Pergh!!! sedapnya jelly kelapa tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...