بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 5 May 2013

Sherperd's Pie

Assalamualaikum & good day.
5 Mei 2013 bakal menjadi penentu episod cerita Malaysiaku. Adakah kita bakal menonton 'Telemovie Baru' berjudul "Malaysia Baru" @ adakah kita akan teruskan episod drama bersiri bertajuk "Malaysia Menuju 2020" ? Semuanya ketentuan dari ALLAH bukan disebabkan sapa2 hebat @ sapa2 mulia. Kita sebagai hamba yang lemah hanya mampu berdoa memohon pertolonganNYA agar Malaysiaku terus dipelihara. AMin3x....


Berbalik episod hidup kami ; 4A+R di Brunei. Harini kami mulakan hari dgn breakfast sandwich tuna & cekodok pisang. Lunch pula kami ada jemputan kenduri kawin (jiran depan rumah). Sebelah petang outing sambil memenuhi permintaan Arfa tengok Ironman 3 (rasa mcm tak best sangat la this episod....emmm). Tengah2 dok tgk movie, daddy oncall kena bergegas ke plant. Haiyaaa!!!!ini doctor turbine ada misi menyelamat daaaaa. Ingatnya dinner blh le layan makan @Waterfront (huhu!!!next time le plak).

Mommy nak jotdown dulu resepi sherperd's pie (walau common tapi sedap). Rupa tiada tapi rasa memenuhi citarasa 4A+R. Kami enjoyed masa breakfast last week. 

Bahan2:
 Ubi Kentang (rebus & lenyekkan)
500g daging cincang
1 labu bawang besar (dadu kecil)
2 biji bawang putih (cincang halus)
1 tin mushroom soup campbell
2 sudu besar tomato puri (blh guna sos spagetti bolognese instant)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
English herbs (mommy guna marjoram & thyme)
Daun Parsley (blh guna sayur campur)
Garam
Gula
Minyak/ butter untuk menumis

Caranya:
1. Mula2 tumis bawang putih & bawang besar sehingga layu. 
2. Kemudian masukkan daging cincang. Masak sehingga daging masak.
3. Masukkan tomato puri/ sos bolognese & kacau sebati. 
4. Masukkan juga mushroom soup & sayur2.
5. Renihkan kuah agar pekat & perisakan dengan garam, gula & serbuk lada hitam. Campurkan sekali dgn english herbs yang sesuai. 
6. Curahkan kuah pekat tadi ke dalam bekas casserole/ramekin etc.
7. Tutup kuah dengan lapisan kentang di bahagian atas sehingga menutupi semua permukaan.
8. Dengan menggunakan garfu tekan2/garis permukaan kentang sehingga sekata.
9. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 15 minit.
10. Semasa menghidang, scope dengan sudu. Enak dimakan dengan roti @ makan begitu saja.

p/s: kepada peminat cheese, blh je tabur sedikit cheese di atas permukaan kentang.






2 comments:

OKje said...

Baca resepi pun dah tau sedap Ros.....Ros hantarlah sini

rostina76 said...

kalau dekat lama dah hantar, tak yah mintak.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...