بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 4 May 2013

Family Tree & Gitar Kapok

Assalamualaikum & good day. 
Selamat berhujung minggu utk semua & kepada yang balik kampung untuk mengundi 'Selamat Balik Kampung'. Seronok tgk kawan2 bergerak & jem2 di highway utk blk mengundi (mcm balik raya plak kemeriahannya). Pepepun semoga pilihan rakyat Malaysia adalah yg terbaik utk semua (jgn perjudikan masa depan anak, cucu, cicit kita di kemudian hari). Doa kita semua semoga ALLAH lindungi Malaysia dari segala kemungkaran & kejahatan manusia, Amin3x.......


Harini mommy nak tayang hasil project Abang Afffan & Kak Anis (utk yg confuse Arfa Zafran ni masa kecik2 dulu pelat jadi bila sebut nama dia jadi Affan, ditambah dgn pengaruh bibik Suliyahnya dulu yg dok asyik sebut2 Affan. Itu yg lain jadinya panggilan dia). 


Kita mulakan dengan projek abg. Memang impress juga la dgn hasil kerjanya walau tak rapi (Arfa ni mmg rushing & kelam kabut sikit buat kerja. Style dia nak cepat siap, buat tanpa lakar2 dulu tapi terus buat master piece). Bila mommy komen & bg idea sikit lagi nak kena buang gitar kapok dia ni & nak plak buat drum mcm yg mommy cadangkan. Sib baik daddy tegaskan suruh proceed je dgn gitar kapoknya ni. Atlast ini le hasilnya.


Hasil kerja mmg 100% usaha dia tanpa bantuan mommy @ daddy. Infact xnak langsung mommy nak tolong2 kemaskan mana yg tak rapi. Tak tahu la mcm mana penerimaan cikgu dia. Oh lupa nak bgt, Arfa kena buat project alat2 muzik dari bahan2 terpakai. Dia guna kotak terpakai & tali plastik (mommy pun tak sure idea dia sendiri @ dia tgk youtube sbb bila tanya "adala" itu jawapannya. 


Project Anis plak mengenai 'Salasilah Keluarga Saya'. Spesifiknya cikgu nak panggilan2 dalam keluarga bermula keluarga ayah & ibu serta adik beradik. Yang ni mmg totally idea mommy. Masa bekerja 40% effort mommy, 40% effort kakak, 10% effort abg & 10% effort adik. 


Mommy bagi idea & potong daun. Kakak tulis nama & panggilan juga potong & lekatkan. Abang tolong isi pasir dalam tin & spray batang pokok. Manakala adik plak tolong letak kilat2 kat pokok. Bahan2 digunakan plak tin/bekas bulu tangkis sebagai batang, pasir sebagai pemberat, manila kad berwarna hijau, kertas warna, tape, lidi satay & glitters. 


Harap2 cikgu suka & puji kakak & kakak happy sebab last week kakak kena marah oleh GB (cikgu ganti BM) sebab tak bawak buku (mommy yg salah sebenarnya sbb silap tgk hari masa susun jadual). 

6 comments:

ishamizu said...

Wah terernya Arfa buat gitar! Not bad at all kak! ;) Anis punye salasilah tu pon nice..good idea, mummy! Good job! Best kan kak ros klu sama2 take part buat school homework/activity dgn kids? Ank2 makin rapat dgn kita..bonding session! ;)

Unaizah Mohamed Sulhi said...

Kreatif abang & kakak! Saya salah sorang yg balik kampung utk mengundi. Memang suasana mcm time raya. Nasib kami baik sebab walaupun kereta banyak kat highway semalam tp still moving. Tp R&R memang penuh la.

nurbijen said...

wah, kreatif Arfa.. besar juga gitar yg dia buat tu...
yg pokok tu pun saya impress jugak.... siap ada glowing2 lagi :)

lady lavender said...

Both cantiikk! Part nak cepat siap tu sama sebijik la cam haziq. Boys mmg camtu kot hahaa! Anyway gud job la abg arfa sbb dpt hasilkan gitar kapok yg bergaya tanpa sebarang bantuan. Gud job to anis too :D

hainom OKje said...

Wah....projek sekolah ke Ros....
kreatif! Macam maknyalah tu ...

rostina76 said...

ishamizu: mmg precious sgt bonding time yg kami dapat.dulu2 selalu kena tinggal dgn bibik je dorg ni. Alhamdulilah!!!!

unaizah: itule meriah betul org balik mengundi. huhu!!!kami tak balik gundi

nurbijen: hehe, klu ada kotak besar lagi maunya besar lagi gitar kapok dia tu nur

LL: tq auntie miza. btw ros kadang2 risau gak perangai gopoh dia tu. harap2 bila besar jadi penyabar sikit

hainom okje: ye projek sekolah. tiap2 tahun jadi cikgu kemahiran hidup ros ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...