بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 24 May 2013

Pasar Malam @Waterfront Tutong

Assalamualaikum & good day.
Harini kita lepak2 jelah dgn 4A+R. Kami bawa pergi pasar malam yg baru di upgrade sekitar Tutong Waterfront ni. Heheh!!!!bear in mind guys Brunei ni no night life mcm @Malaysia tau. So, dapat lepak2 sambil makan2 dgn beloved family kat open air mcm ni kira happening la jugak. 

Ni gambar mommy snap waktu siang nak bagi u all clear picture mcm keadaan tempat ni. Bahagian bawah org berniaga, rooftop tu tempat makan di samping bahagian belakang gerai ada juga tempat makan.
Actually pasar malam ni dah lama ada tapi di naik taraf (dorg buat tempat makan @rooftop) & officially buka semula dlm awal bulan May baru2 ni. Kiranya kami pun rasmi tempat baru le jugak. 

Ohw!!!btw kalau kita bercakap tentang 'Pasar Malam' mesti semua bayangkan suasana deretan gerai2 sementara sepanjang jalan & keadaan hiruk pikuk peniaga juga pembeli (huhu!!!rindunye suasana tu). Tapi tidak di Brunei ni, kalau istilah pasar malam tu maksudnya peniaga kecil yang berniaga makanan di tamu/gerai yang disediakan pihak kerajaan secara tetap (operasinya juga tetap setiap malam berbeza dgn pasar malam di Malaysia yang di ubah2 tempatnya). 

Heheh!!!!pastu kan redha jelah, makanan bukannya banyak sampai rambang mata mcm kita @Malaysia tau. Balik2 nasi katok, soto & kepak ayam bakar. Cuma adala juga kat sini spagetti, rojak buah, bakso, nasi campur, mee goreng, burger, kebab etc……. Kira boleh la sekali sekala layan.


So malam tu Anis & Ahdia layan spagetti. Daddy & Arfa layan nasi ayam manakala mommy layan soto mee. Lepas hadap sorang satu terasa tak cukup, turun lagi beli burger utk Arfa, kepak ayam & fried ball (yg ni menarik, mommy rasa nak try le sendiri buat).

Errrkkk!!!Alhamdulilah, dalam2 dok complaint banyak tu kenyang juga rezeki ALLAH bagi. Pas makan, sempat lagi tu buat mcm rumah sendiri, LEPAK…………………. 

Cuba u all tgk kerusi & payung tu, cantik kan. Yang ni le mommy berkenan nak letak kat rumah kami nanti (hahaha!!!!koyar jap). Masa dok sembang2 kosong tu kan, daddy cakap "emmm, kalau @Malaysia tak lama ni 'ghaib' benda ni. Heheh!!!teruk benor org Malaysia kan pantang nampak benda cantik. Marah dengar statement ni tapi ada betul jugak kan? 

 Btw lupa nak bgt, tempat ni nampak je selamba open mcm ni tapi ada CCTV tau. Bukan kat atas ni tapi kat bahagian bawah. So, agak2 le kalau ko nak angkut. Memang terpampang le muka ko kat paper, untung2 hadap Sultan terus. Hehe!!!!


Sebelum balik, kita lepak dulu kejap tepi sungai tengok org memancing. 

Sambil2 tengok org memancing, snap jap gambar budak demam & kakak kesayangannya.



11 comments:

lady lavender said...

bestnyaaa! lama tak merasa makan open air waktu malam macam ni...

okay gak tu Ros pasar malamnya, daripada takde langsung cam kami ni huhuu...

nurbijen said...

best nyer lepak waktu malam bersama keluarga... bonding time seisi keluarga...
tapi kan kak ros, ada la juga gerai2 utk lepak2 macam tu.. kat sini mmg langsung takde..

eyndayusoff said...

Janji bersama keluarga tersayang.... konfirm semua rasa best ;-)

mama sara nur said...

cantik sgt suasana malam disini
paling penting bestkan lepak2 dgn anak2 sambil mkn2
emmm bagus ada cctv he heee

Anonymous said...

Dave wants to be able to help get rid of the chicken pox treatment singapore tumor, which are good
for the heart to function normally again, to restart the schedule.
The sponge is regarded as virulent in the game who hasn't forgotten this. Seven and a half chicken pox treatment singapore years into the study, half the responders were alive.

My webpage; http://chickenpoxcure.com

Nastyna said...

Best nye lepak makan malam open air sambil layan "koyar". huhuhu

ishamizu said...

Bestnya! bila malam nmpk lg romantic tempat tu..hihi

KY said...

memang best kalau blh santai mcm ni..

~Mami Little Hero~ said...

Kak Ros,

Bestnya lepak makan makanan melayu. huhuhu. kat sini takde pasar malam lah. Rindu betulll!

rostina76 said...

LL: mmg ok le kan compare dgn u al. alhamdulilah!!!!tapi u all blh open air atas padang rumput siang2 hari. ibu tukang jual.heheh

nurbijen: huhu!!!bila dah dekat negara org ni rasa Malaysia juga yg terbaekk

eynda: betul la tu eynda…kat mana2 pun janji lengkap family kita, alhamdulilah syukur sangat

mama sara nur: udara & persekitaran tu masih nyaman la. walau tepi jalan tapi kenderaan tak banyak so, xde asap ke debu2 etc. cctv tu nak bagi org takut je kot. kat sini jenayah masih terkawal kak.

nastyna: uishhh, mmg klau bab koyar kros mmg sukeeee

ishamizu: kalu mommy berdua dgn daddy mmg romantis le dating, ini berderet2 dah tak jadi romantis. riuh rendah je

KY: best sedup udara malam sekali sekala

Mami little hero: huuuu, beku le u all klu layan malam2 mcm kami ni ekk kat sana. saborr jela

hainom OKje said...

Amboi Mommy.... menyandar sambil bw ke apa tu hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...