بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 5 May 2013

Kentang Sumbat Berkeju

Ini juga parts of our breakfast last week. Lebihan inti & ubi kentang tu mommy buat kentang sumbat berkeju. Inti guna je resepi yg sama dgn Sherperd's Pie






Caranya:
1. 5 biji kentang - bersihkan dan rebus hingga empuk bersama kulit. 
2. Belah dua dan korek isinya untuk membentuk mangkuk. 
3. Ketepikan isi kentang yang dikorek tadi. 
4. Gaul isi kentang tadi dengan inti Sherperd's Pie.
5. Sumbatkan kentang dengan campuran inti + isi kentang (yang telah digaul sebati).
6. Tabur parutan keju di atas permukaan kentang.
7. Susun di atas dulang & bakar di dalam ketuhar (yang telah dipanaskan terlebih dahulu) pada suhu 180'C selama 10minit.

5 comments:

Amie said...

Ya Allah... sedapnya ROs! Kalau anak-anak saya nampak tentu suruh saya buat!!!

hainom OKje said...

Hamboi....rajinnya mengorek hehe.....tp mmg nampak sedap Ros!

ummiaisyah said...

fuh..mesti sedap ni...kentang mmg masak apa pon sedap ini kan plak ada inti daging cam tu!

ishamizu said...

Hmm my favourite! Dah lama tak buat hihi

rostina76 said...

Amie: On je kak…..mamanya kan rajin ;)

hainom okje: tak dapat korek tanah, kita korek kentang la…

ummuaisyah: hehe!!!!betul3x

ishamizu: budak2 tu mesti suka ekk. ala2 makanan lenyek baby

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...