بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 15 May 2013

♥♥ PETUA UNTUK WANITA KEKAL DARA ♥♥

Assalamualaikum & good day.
Dedicated to my lovely daughters (when they grow up) & to all my beloved friends/readers.


Petua istimewa untuk pembaca wanita beragama Islam
DARI Dr. Fatimah Az-Zahra.
Ustazah menurunkan petua untuk kaum wanita menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum wanita untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

 Sama-sama kita amalkan ya wahai para wanita solehah.

10 comments:

Kuazue Mohd said...

tq rosti share balik..ya dulu azu pun dpt petua ni dari ustazah ni juga...tapi ntah knp..x amal n trus lupa..sib baik upload balik..leh ler refresh balik...t azu share n link balik ke sini.ya..

yan's cottage said...

tq....sama2 kita amal kan...asyik2 makan jamu je...cuba ubah pada ayat2 al quran pula kan..?

CeqGu said...

haaa bleh amal ni...tips yg sangat menarik

Nisah Idham said...

Alhamdulillah, ilmu yang baik ni, nisah nak share kak, thanks tau..

Nooriah Abdullah said...

thanks Ros boleh lah sama2 kita amalkan rasa nya kak noor belum terlambat kot kan heeeee

aziahmk said...

wahhh...bagus ni...tima kasih kongsiilmu...mohon share gak ye rozie

ishamizu said...

in shaa Allah..tq kak ros! ;)

ummuaidan said...

salam ros..
wah bestnyer kalau dpt kekal dara gitu kan..nanti lepas beranak mungkin kena srh jahit rapat2 nie..hehehh gurau jer...
bagus amalan tuh ..inshaallah kita blh sama2 amalkan yer..:)

Rezwatisman said...

Azue: welcome. btw aku pun dah pernah dgr ceramah ustazah dulu2 @tv 9 tapi dia main ckp jekan. lps abis siaran aku dah lupa. seronok sgt bila ada org post semula @FB. itu yg tepek @blog supaya senang refer & jadi pedoman anak2 & kwn2

yan's cottage: itule yan….dok melilau cari the best jamu, yg ni free of charge

ceqgu: selamat beramal

nisah: silakan nisah. biar ramai2 pakai jd mak dara gitu

nooriah abdullah: welcome knoor. better late than never knoor

aziahmk: sesama….moga dpt byk pahala kat kita share benda2 mcm ni kan

ishamizu: welcome…..amal dr muda ni lg mujarab, hehe

ummuaidan: bisik2 la dgn doc nanti suruh jahit ketat2. hahaha inshaALLAH kita sama2 dara ye

Anonymous said...

izin share ya... tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...