بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 10 March 2013

Costing Free & Easy Hong Kong


Assalamualaikum & good day. 
At 1st mommy ingat nak skip aje dari publish N3 ni sebab takut timbul kontroversi plak. Bukan apa, bila melibatkan WANG, manusia boleh jadi macam2 jenis. So, mommy risau la plak N3 ni bakal membuatkan org mengata. Tapi mommy terpanggil untuk edit semula N3 ni selepas ada reader Wind of Change yg minta mommy kongsikan costing kami dgn harapan dpt sedikit sebanyak membantu perjalanan dia sekeluarga pula ke Hong Kong. Kalau yang pergi dgn ejen mmg tak yah sibuk2 fikir tapi i tell u kalau dgn ejen pergi Disneyland saja pun melebihi costing keseluruhan kami ni (itu yg mommy suggest u all pergi sendiri ke Hong Kong, tak yah melalui ejen).
Jadinya awal2 mommy bagi 'Peringatan' ini bukan bertujuan show off (demi ALLAH) but just to share & advise those yg mcm kami ni (bukan golongan berada & ada anak ramai). Semoga kita sama2 dapat merasa pengalaman melancong bersama keluarga dgn fikiran yang terbuka (hehe, daddy sempit gak le otak kot). After all, setiap perjalanan itu sebenarnya mengajar & memberi kita begitu banyak pengalaman serta secara tak langsung membuat kita lebih bersyukur & muhasabah diri sendiri. 
Btw costing kami ni secara kasar & tidak termasuk duit shopping (bukan byk mana pun kami shopping sbb tujuan asal pun mmg nak tgk negara org aje). Setiap individu pasti ada lebih & kurang walau pergi ke destinasi yang sama. Sesiapa yang rasa costing kami ni membantu, Alhamdulilah & bagi yang rasa tidak membantu takpe anggapla sebagai tambahan ilmu, Allahualam.

Herewith the rough budget of our Hong Kong Free & Easy Trip. 

Bismillah.........
1. Flight MAS ke HK, 5 beranak (beli 2 mths earlier) = RM2614 (consider the cheapest, tapi kalau u all blh dapat yg 'Free Seat Airasia' lagi jimat)

2. Hotel (Lebih kepada hostel actually tetapi sangat bersih & selesa. Ada 2 biji katil Queen bed  jenis sorong, TV, water heater, service coin laundry), 5 Malam = RM2009.33

3. Flight AirAsia ke Penang, 5 beranak (beli 2 mths earlier gak) = RM 2845.38 (termasuk meal 5 beranak & luggage 20kg sorang)

4. Makan (mommy bawak bekal untuk breakfast & lunch dari Brunei cost me less than RM200; bawak can food, maggi, bubur, sosej).......kami just spend dinner saja di HK that cost us RM200/meal. So 6 days kami @HK, belanja dinner about RM 1200 untuk 5 beranak (ini secara kasar ye).

5. Tiket untuk Tram The Peak, HK Disneyland, Ocean Park, Maddame Tussad & Star Ferry = RM1841 (semua beli online, u all blh check @links yg mommy bg kat setiap N3).

6. Tiket Octopus (ini public transport termasuk bus, taxi & MTR) = RM 300 (ini anggaran ye sebab kami betul2 dah lupa cost sebenar)


TOTAL SPENDING: RM11, 009.71 (untuk 5 beranak)

----------------------------------------------------------------------
Kat bawah ni mommy sertakan link yg berkenaan;

1. MAS (boleh juga refer airlines lain, kami come across CEBU airlines pun murah utk mereka yg dr KK/Brunei)
2. Airasia
3. Venetian Hostel/USA Hotel (byk lagi pilihan hotel sekitar Kowloon & Nathan Road khususnya. Nak berapa bintang semua ada)
4. Tiket Tram The Peak 
5. Tiket HK Disneyland
6. Tiket Ocean Park
7. Tiket Madame Tussaud 
8. Tiket Octopus & public transport @HK (kami beli kat airport & vending machine subway)
----------------------------------------------------------------------
Yang kat bawah ni pulak tempat2 yang wajib pergi;

1. Disneyland Hong Kong
2. The Peak & Madame Tussauds
3. Ocean Park 
4. Ladies Market (byk market2 lain juga seperti Jade Market & Temple Street Night Market kalau untuk yg suka shopping)
5. Tsim Sha Tsui Promenade
6. Victoria Harbour & Avenue of Stars
7. CityGate Factory Outlet
8. Sky 100
9. Golden Bauhinia Square
10. Ngong Ping 360 (yg ni kami tak pergi, sama tempat dgn city gate outlet)
-----------------------------------------------------------------------
 Okey u all, mommy dah tunai janji. Harap costing ni dpt membantu. Yang penting nak lagi murah selalu alert dgn promotion airlines (tak semestinya AA tau sbb selalu pun MAS lagi murah). Selamat bercuti everyone!!!!!

2 comments:

Nastyna said...

For whole family, 5 days get away visit few places spend that much, salute la. memang berbaloi. Kena pandai planning macam akak kalau nak best deal ;)

Anonymous said...

terima kasih yer kak sebab share. dpt juga bantu perjalanan saya nak ke sana.. :)
Lin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...