بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 13 February 2013

Hong Kong Disneyland

Assalamualaikum & good day.
Hari ke-2 kami di Hong Kong, full day spend @Disneyland aje (itu pun xpenuh activities). Habis je round & photography session @Avenue of Stars, kami terus catch-up 1st MTR ke Disneyland. Dari Nathan/Tsim Sha Shui Station kami ambil MTR menghala ke Lai King, then change to Tung Chung Line. Take Tung Chung Line to Sunny Bay then change to Disneyland Resort Line.

Dalam Disneyland Resort Line. Semua deco ada feature Mickey & ada juga patung2 character cartoons walt disney yang lain.
Sampai aje @Disneyland mmg ngam2 gate dibuka (10am). Disebabkan kami beli tiket online maka tak perlu nak beratur panjang2 beli tiket, just print tiket dari vending machine & terus masuk. Kalau beli online dapat discount lagi. Ni link kalau nak beli tiket Disneyland HK online.

Masa kami masuk ni consider org xde la sesak sangat so nak posing @ Main entrance pun kira lengang le jugak. Oh ye, masa nak masuk tu biasale prosedur keselamatan, guard akan check semua bag kita & kalau ada yang bawak bekal makanan yg heavy2 tu mmg dorg suruh buang. Nasib baik bekal lunch kami (ready to eat kari adabi, roti, biskut & choki2) dorg lepas masuk, klu tak haruuuu le lapor kami.

Okey bercerita tentang Disneyland ni, ia terdiri dari 6 taman tema iaitu Main Street USA, Fantasyland, Adventureland, Tomorrowland, Grizzly Gulch & Toy Story Land.


Mula2, selepas Main Entrance kita akan melalui Main Street USA di mana diadakan 'parade' & terdapatnya deretan kedai2 cenderamata. Di sini juga terdapat train yang akan membawa pelancong mengelilingi taman tema. Kami ambil keputusan untuk enjoy the view dengan menaiki train sebelum menapak dengan kaki ke semua tempat2 menarik. 


Taman tema pertama yang kami masuk tak lain & tak bukan pilihan 2 girls tu FantasyLand. Dah tak sabar2 dorg ni nak masuk castle & jumpa dengan Princess. Hehe!!!!yang kelakarnya, bila dah masuk castle boleh Ahdia tanya " mananya castle mommy, princess tidur kat mana?"..........jenuh gak nak explained. Bila dah dapat posing dengan princesses pun masih banyak soalan Ahdia "kenapa princess tu xduduk atas kerusi cantik mommy etc?".....aduhaiiii adik.


Masa @Fantasyland ni masa tu masih awal & orang pun tak ramai sangat so, beratur untuk setiap permainan & berjumpa dengan character cartoon pun kira xde la panjang sangat. So, dapat le posing sakan dengan princessess.


Lepas main carousel, kami menapak pula ke 'Small World'. Cutenyeee le tengok small dolls yang memakai pelbagai costume dok tergedik2 menari. 



Terdapat 100 animated dolls yang mengayakan pakaian dari seluruh pelusuk dunia.


 Hehe!!!!tak puas rasanya naik perahu mendayung ke seluruh pelusuk dunia kecil tu. 

Seterusnya dari Small World kami menonton plak Mickey's Philhar Magic (tayangan 3D). Abis muka basah kena percikan air dari Donald Duck (patut le ramai xnak dok roll depan, rupanya dorg dah tau kena tempias air, hehe sebab 3D dorg p renjis air betul2).


 Selesai nonton, perut pun rasa lapar. Apalagi, mommy pun served le the best kari ayam Adabi. Huishh!!!bila makan time lapor & tempat susah nak cari makan (dlm disneyland ni susah le nak cari halal food except popcorns, jagung & drinks). Ahamdulilah, kenyang layan roti cicah kari ayam, pastu kudap2 plak dgn choki2.


Bila perut dah kenyang, kami teruskan perjalanan (phew!!!banyak lagi nak cover ni). 


Dari Fantasyland kami bergerak ke Tomorrowland. Kat sini, banyak mainan yang bercirikan futuristic. Yang paling Ahdia suke games tembak2 Buzz Lightyear (siap dah masuk sekali pastu requested masuk lagi). Terpaksa le ikut kehendak dia, lagipun  kat sini beraturnya tak panjang sangat. 


Pastu dah abis semua 'alien' kena tembak, kami drift plak anak beranak @ Utopia. Seronok Arfa boleh drive keta sendiri.



Seterusnya, bergerak plak ke Adventureland & ziarah Tarzan.
Untuk pergi ke Tarzan Treehhouse, kami kena berakit2 dulu.

Tapi sebelum singgah rumah Tarzan tu, kami naik cruise & dibawa menyusuri sungai di mana terdapat banyak gorilla & puak2 asli yang tinggal (tipu2 ni ye, bukan yg real)

Dalam seronok2 menikmati keindahan sungai & hidupan liar tu tiba2 muka kami hampir disambar api dari gua berapi yang menghembuskan api & asap panas. Huishh!!!memang terasa bahang panasnya walau pun semua ini buatan manusia.

Dah siap ziarah Tarzan & Kala, kami menapak plak di Grizzly Gulch. Masa ni, daddy tak ikut (pakcik dah sakit pinggang tiba2). Bila sampai aje @Grizzly Gulch, Arfa terus jerit nak naik roller coaster (Runaway Mine Cars). 


Alahai, mula2 tu mommy suruh Arfa & Anis je naik since Ahdia kecik lagi takut tak lepas minimum height, tapi Anis tak nak naik dengan Arfa je. So, kami ber-4 pun sama2 naik (lepas plak height Ahdia untuk naik). Masya ALLAH!!!serius ingat tak de la laju sangat & slow je, sekali bila naik....Huarggghhh!!!!mommy yang rasa nak jerit. Arfa & Anis ada gak terpekik tapi Ahdia mcm biasa bila takut dia jadi diam. Bila turun je terus Ahdia cakap "mommy ni, adik nak duduk dengan daddy la"......hahaha!!!!dia salahkan org le tu.

Masa @Grizzly Gulch ni, ingat 3A nak posing dgn 'beruang tu' tapi bila start nak beratur je dorg bgt 'time up' sebab dorg kena prepare untuk parade. Last2 posing je dgn penduduk Grizzly Gulch je.



Nak bagi reda sikit berdebar masa naik mine car tadi, kami lepak2 plak @Toy Story Land. 

Tiba2 kami jadi kenit & semua mainan Andy jadi gergasi. Kat sini ramai org beratur nak main semua permainan so yang sempat kami main cuma 'Slinky Dog Spin' & Arfa sorang2 layan 'Toy Soldier Parachute Drop'.

Masa kami @Toy Story Land ni hari dah beransur gelap. Walau sempat cover semua themes tapi ada a few jugak yang kami miss (bergambar dgn mickey & minnie, lihat life parade & yang paling ralat xsempat beli souvenir dgn harga discount; beli le jugak tapi normal price mahal le.....RUGI).

Bila tengok schedule, rupanya kami sempat catch up dgn satu lagi show sebelum acara penutup iaitu Zimba, The Lion King. Show ni actually musical show yang penuh warna warni & aksi2 menarik. 3A really enjoyed the show since ini 1st time dorg tengok life musical show.


Last, moments yang paling indah (walau masa ni mmg mengigil kesejukan & kelaparan) ialah pertunjukan penutup 'fireworks'.


Kami mmg purposely tunggu acara ni sebab masa tgk Lady Lavender p Disneyland Paris & tunjuk gambar2 fireworks tu mmg teruja sangat nak tengok life. Alhamdulilah, walau tak sampai Paris tapi kat Hong Kong pun pertunjukan yang sama diadakan. Sangat cantik & berwarna warni. 

Nasib baik masa ni kami dapat duduk atas bench yang consider tengah2 le menghadap direct ke castle. Walau perut berkeroncong tapi gagah jugak tengok sampai habis. 

DISNEY IN THE STARS........
Spectacular fireworks synchronized to the music of famous Disney's films, lighting up the sky with exciting pyrotechnics. 
Masa balik ni walau berpusu-pusu (sebab last train ke centre), tapi alhamdulilah selamat sampai ke Tsim Sha Tsui. 3A jangan cakap le, sambil jalan sambil mengeluh penat. Dah tak larat sangat nak jalan, kami mintak daddy je tapau dinner untuk kami. Layan kebab & nasi beriani. Sedapppppnye. Rege berapa dinner kami ni nanti mommy bgt last N3 Hong Kong nanti ye.

8 comments:

aziahmk said...

masa nk ending bunga api tuh...rasa sedeh je nk tgglkan disneyland.....

Kakcik Seroja said...

Seronoknyaaaa....

lady lavender said...

Ehem2....patut la terbatuk-batuk. Ros sebut nama kita rupanya hihii...
P/s: princess mesti posing dgn tangan pegang gown kan hehee..

rostina76 said...

mengimbau kenangan ekk z ;)

rostina76 said...

yang seronokkkk lebihnya bebudak le kakcik nur. hehe mak bapak budak tumpang seronok ;)

rostina76 said...

hahaha!!!biasele tu klu org gumpat kite batuk slaluh. btw mmg sama la tu ekk Parih @HK.

Mulan said...

best best...!!! rasa nak pi lagi...

rostina76 said...

best mmg best tapi nak p lagi xmau dah le. heheh!!!kita menabung try tempat lain plak cam mulan sana sini round ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...