بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 14 February 2013

Kuih Seri Muka


Assalamualaikum & good day.
Harini mommy nak buat selingan N3 masak2 plak since dah lama tak jotdown resepi2 eksperimen mommy. Last weekend mommy teringin nak bereksperimen dengan kuih seri muka. Memang famous & menjadi pujaan ramai bagi peminat kuih tradisional di luar sana kuih seri muka ni kan. But for me, mmg tak pernah buat & mmg kurang menggemarinya. Sama le dgn kuih pulut serikaya/tok aji serban, kalau org suka mmg tersohor sangat kuih ni tapi kami again 'kurenggg'. Haritu belajar buat 'Pulut SeKaya' dengan mok pun sebab memikirkan kuih ni hampir pupus di pasaran (tak macam seri muka yang lebih terkenal). 

So, kenapa mommy try sebabnya bila baik dari demam minggu lepas mommy jadi teringin nak makan kuih2 manis. Teringat kat seri muka ni & pada masa yang sama nak test market 4A ni sekali lagi kot2 dorg layan. 
Apapun, mmg senang buat kuih seri muka ni compare to kuih seri kaya. Konsep pun lebih kurang sama cuma topping je lain. Google punya google, jodoh mommy dengan resepi kakcu ni. Harap2 di masa hadapan bila2 nak buat kenduri/majlis blh buat lagi sebab kalau hari2 biasa mcm tak berbaloi je nak buat. 4A makan tapi tak 'menyungguh sangat'. Dorg makan topping je tapi pulut xminat. Huhu!!










Bahan2nya:



(A) Topping
11/2 cwn tepung gandum
2 sb tepung beras
2 sb tepung kastard
1 cwn gula
1 cwn air pandan (kalau xde guna sedikit pewarna hijau + setitik pes pandan)
2 cwn santan
(semua di atas di blender)

(B) Lapisan pulut bawah
2-3 cawan beras pulut (rendam semalaman)
1-2 cawan santan pekat
Sedikit garam
Air

Caranya:
 ~ Pulut kalau rasa malas nak kukus, boleh masak mcm biasa tp air jgn terlalu banyak, kemudian masukkan sedikit garam & gaul dengan santan. Masak dengan api yang kecil.
~ Ikut suka masing2 nak buat dalam loyang atau acuan,jgn lupa sapukan sedikit minyak terlebih dulu.
~ Masukkan pulut, tekan2 supaya padat dan rata (guna plastik @ daun pisang untuk tekan bagi kemas), kemudian tuangkan adunan tepung (tak larat punya pasal, pulut tak betul2 kemas, huhu).
~ Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
~ Kalau guna loyang,tunggu sejuk baru boleh di potong (tak sabar punya pasal, potongan sememeh je, huhu).

12 comments:

penDragon said...

Assalamualaikum ros, kuih muih tradisional ni hanya anak I yg sulung je yg suka. seri muka ni salah satu favourite dia. kalau ada pasar mlm yg org malaysia buat kt embassy tu, mmg kuih ni x pernah miss beli!

Mamasya said...

Aslmkum Ros
sejak dah rajin buat sendiri kuih serimuka ni...dah jadi kuih favorit akk.
nanti nak baca kisah percutian Ros sekeluarga di Hkong...internet slow sgt skrg....

miss yatie said...

KY suka makan tapi tak pandai buat, nanti bolehlah KY cuba resepi mommy ni..

Mak Wardah said...

Rajinnya mommy, memang mommy yang sejati, tq sharing the resepi

Ina Mohamed said...

salam kenal :)
sedap kuih ni. dulu rajin jgk buat. tp skrg dh lama x buat. tak datang seru lagi, hehehe.

Unknown said...

saya dok buat asyik tak jadi camni,..pasni nak try lagilah....

Rezwatisman said...

Salam penDragon....Wah!!!!kat Qatar pun ada pasar malam ekk. bagus le embassy sana byk aktiviti ;)

Rezwatisman said...

Waalaikumusalam.
Kalau akak selalu buat makan mmg best le serve kuih seri muka ni kan. Btw patut senyap je ros perasan akak skrg rupanya internet yg slow ;)

Rezwatisman said...

Silakan cuba KY ;)

Rezwatisman said...

Ala Mak Wardah.....bukan sejati pun tapi terpaksa. hehe

Rezwatisman said...

salam kenal ina ku.
Lama2 sekali datang le seru tu :)

Rezwatisman said...

Cubala lagi izan. hehe, klau xjadi gak kena mintak c. abg yg buat tu. hubby izan kan terer masak ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...