بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 18 February 2013

The Peak, Hong Kong


Assalamualaikum & good day.
Okey, harini kita sambung citer Hong Kong Free & Easy ye. Hari ke-3 kami di Hong Kong kami pergi ke 'The Peak'. Untuk pengetahuan yang blm pergi, The Peak ni ala2 Bukit Bendera, Penang le tapi lebih moden & happening. The Peak juga merupakan tempat yang paling tinggi di Hong Kong. Di sini bukan sahaja disediakan menara tinjau, tetapi terdapat juga shopping malls, recreation parks & yang paling menarik di sinilah terletaknya 'Madame Tussauds Hong Kong' yang terkenal.

Famous Landmarks along the route to The Peak;
Bank of China Tower (left)  & Cheung Kong Center (right).
Okey, mcm cara nak pergi The Peak ni? Kalau dari Nathan Road (Hostel kami), kami ambil subway (MTR) dari Tsim Sha Tsui Station (exit D1) ke Admiralty Station (Exit C1). Kemudian follow aje instruction INI. Frankly speaking mmg senang jalan2 @Hong Kong ni sebab semua public transport mmg efficient especially subway (MTR). Senang & cepat walau jaraknya jauh. Contohnya kalau dari Lantau Island (Airport/Disneyland) ke Central, guna MTR cuma ambil masa around 1/2 jam je compare naik bus/cab/chartered van mungkin lebih 1 jam. So, yang blm pergi jgn risau kalau u all pergi sendiri tanpa travel agent, In Sha ALLAH blh survive.

Clear signboards showing the destinations.
The info about the ticket plak boleh tengok SINI. Masa kami 
sampai (pagi dalam pkl 10am), alhamdulilah tak panjang sangat beratur especially 'fast lane' (fyi, daddy purchased online ticket, so again xyah beratur beli tiket dah cuma mintak print out ticket aje dari kaunter 'fast lane').

The Peak Tram Lower Terminus.
Kemudian, beratur untuk naik tram pun tak panjang & lama sangat. Semua penumpang dapat duduk (tak macam pengalaman kami p Bukit Bendera last December 2011, jenuh masa p & balik bersesak2 & pack macam sardin dlm tin). Kalau nak buat perbandingan tram memang lebih kurang yang @Bukit Bendera Penang kot cuma of course le yg Penang lagi baru (depa baru je upgrade kan @Penang tu).


Okey, dah sampai ke puncak......1st kami terus masuk 'Madame Tussauds' le tapi dalam N3 ni mommy habiskan dulu citer pasal The Peak. 

Kat atas puncak ni, ada satu menara tinjau yang dikenali sebagai 'Sky Terrace 428'. Untuk naik ke sini, kita perlu tunjukkan tiket (so, make sure tiket yg kita beli merangkumi tiket tram & Sky Terrace 428, kalau tak dorg tak bagi naik).


View The Peak & Sky Terrace 428 sebelah kiri berbentuk tajam tu (xtau nak explain bentuknya, hehe).

Jika kita tak nak naik Sky Terrace 428 ni pun tak kisah sebab di sebelahnya juga ada satu building (shopping mall) yang bahagian roofing di buat tempat untuk menikmati pemandangan Hong Kong, cuma of course lagi tinggi & jelas jika di Sky Terrace 428.

Ni nak citer pasal kami plak, selepas kami keluar dari Madame Tussauds tu, kami window shopping & borong winter jacket untuk mommy, ANis & AHdia sorang satu (hehe!!!nak salahkan daddy gak sebab sebelum dtg dia cakap tak sejuk sangat le Hong Kong, jadinya mommy xde le bawak winter jacket mommy.....hakikatnya bagi kami tetap sejuk). So, untuk kita yang jarang2 p negara sejuk ni (huhu!!!daddy lain le merata dah p) better bawak je winter jacket walau ada org nasihat xsejuk sangat pun.

Amoy Hong Kong.
Pastu ada satu citer haru & kelakar. Masa dah abis round Madame Tussauds tu (lama gak le dok dalam tu bergambar dgn celebrities bagai), Anis tiba2 cakap nak kencing. Mommy plak masa tu tengah dok sibuk borong souvenir, mintak le daddy p teman dia. Tak lama lepas tu, tiba2 daddy datang bgt ANis terkencing dalam seluar sebab Q dalam toilet panjang sangat.  
Ya ALLAH!!!!mommy mula2 tu dok bengang jugak le dgn dia sebab xleh nak tahan kencing padahal dah dlm toilet, mula le pot pet 2x gak. Pastu daddy cakap toksah dok marah le dah dia xtahan, beli ajela baju kat dia. Itu yang kalau u all tengok gambar kat atas dia transform jadi amoy Hong Kong tu (hehe, atleast dpt le sepasang baju kung fu kat dia).

Dalam dok haru dgn kes Anis tu kami tetap enjoyed posing sana, posing sini & teropong sana sini menikmati pemandangan Hong Kong yang padat tapi menarik. 






Di atas Sky Terrace 428 tu juga kita dapat tengok keseluruhan bandar Hong Kong & Kowloon walau tanpa teropong. Udara kat atas ni sah2 lagi nyaman & segar. 


Dah penat menikmati pemandangan, perut pun siap berkeroncong. As usual, mommy bukak bekal. Harini layan roti cicah rendang ayam adabi. Seriously, sedap le product 'ready to eat' Adabi ni compare tu brand lain (eceh!!!!mommy siap promote ni). Sambil makan lunch, budak2 3A ni sempat lagi main @playground. Bagus betul pilih port nak lepak & makan2 ni. 

Pasni citer pasal Madame Tussauds plak, u all boleh le tengok aksi2 kami posing dgn celebrities seluruh dunia plak ekk. Tunggu sat mommy publish citer Madame Tussauds plak ye.

3 comments:

penDragon said...

The Peak mmg cantik! rendang ayam adabi dlm tin ke? bolehlah I beli produk adabi byk2 nnti buat stok kt sini :)

Ina Mohamed said...

td dh taip panjang2, hilang la pulak. sian anis, mesti cuaca sejuk kan tak dapat nk tahan lama2.

mama leen said...

bestnya... nak simpan duit dulu ni.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...