بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 15 February 2013

Fried Sardine Rolls (Gulungan Sardin Goreng)

Assalamualaikum & good day.
Mommy nak jot down resepi sempoi tapi mmg menjadi pujaan 4A + R. Hehe, balance sardin buat sandwich breakfast Ahad lepas, so mommy godek2 buat sardin roll plak petang tu. Tapi sebab pada masa yg sama mommy buat karipap gak jadinya sardin roll ni simpan frozen dulu sampai le hari Rabu lepas baru goreng & served. Kalau dulu masa @Puncak Alam, sardin roll goreng ni antara kuih yang mommy akan beli pagi2 selain kuih koci hitam. Antara karipap vs sardin roll ni seriously mommy suka sardin roll lagi. 

Okey, adunan tepung kali ni mommy try resepi Nani. Gulungan plak, hehe best betul letak banyak2 & gulung panjang2. Makan seketul dah terasa kenyang (daddy balik keje makan 3 ketul tu, means dia berkenan le tu).

Untuk adunan ni, mommy dapat dalam 8 biji (besor2 tau). kalau standard org jual tu rasanya boleh dapat dalam 15 biji



Sumber: Nani


Bahan2 pastry :
2 cawan tepung
2 sm marjerin sejuk
1/2 sk garam
1/2 cawan air sejuk

Cara :
1. Marjerin sejuk dipotong kecil2 kemudian dimasukkan ke dalam tepung dan garam.
2. Ramas2 marjerin sehingga menjadi serbuk roti.
3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh.
4. Simpan doh dlm fridge untuk seketika.
-------------------------------------------------------------------------
Bahan2 Inti :
1 tin sardin saiz sederhana -asingkan kuah dan ikan
2 ulas bawang putih -ditumbuk
3 ulas bawang merah -ditumbuk
1/2 biji bawang besar -dipotong
3 batang cili padi/merah -dipotong
1/2 biji limau nipis -diambil jusnya
garam dan gula secukup rasa
3 sb minyak utk menumis

Cara :
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan 3 sudu besar kuah sardin, bawang besar dan cili padi. Masak hingga layu.
3. Hancurkan isi ikan dan gaul bersama bahan tumis tadi. 
4. Masukkan air limau dan garam gula secukup rasa. Agak2 air dah kering, boleh tutup api.
5. Canai doh mcm kita nk buat inti karipap tu. 
6. Letak inti sikit kemudian gulung rapat2. Jangan sampai terkeluar inti di hujungnya. 
7. Biar bertutup habis. Buat sampai habis, pastu boleh goreng sampai garing.
SELAMAT MENCUBA!!!

12 comments:

ummuaidan said...

nie feberet sy nie..lama dah tak makan..sedap

Nastyna said...

saya pun suka sardin roll lagi dari karipap. nice.

Amie said...

cantik & nampak unik gulungannya tu Ros...

Rezwatisman said...

pasni blh buat @fiji ekk ummuaidan ;)

Rezwatisman said...

hehe!!!blh geng ngan kros le gitu.....

Rezwatisman said...

tqvm amie. heheh!!!stakat sardin gulung je, ros admire ngan amie punya kepakaran lagi

ina ku said...

k.ros, cantik gulungan tu. lain dr yg lain. kotak kuning tu pun cantek. mcm perutusan diraja, hehehe.

kakyon said...

nampak rangup dan sedap..

Rezwatisman said...

Lain dr yg lain ekk? itule dok rasa dah mcm xsama je dgn gulungan yg dok selalu beli dulu tapi, bantai sj le.hehe........ohw btw kotak kuning itu actually gift masa perkahwinan Diraja (anak sultan Brunei baru2 ni). Jiran akak dia wartawan & hubby dia pun keje dgn event2 diraja so dorg dpt banyak...dia bagi kat kros 2 bekas (yg berlainan upacara). tapi kat sini mmg SUltan Brunei suka bagi gift2 mcm ni @rakyat. last raya korban kami dapat sedekah daging korban sultan dlm bekas kuning mcm ni gak....setiap tahun dapat kurma sebekas seorang (kami dpt 5 bekas) dlm tupperware yg ada simbol dr sultan gak......

Rezwatisman said...

ohw, yang tu mmg confirm resepi Nani ni ranggup & sedap. cubala kakyon ;)

idayati said...

Sdap...nk tnye..sya trai buat...tpi gulung nye trbuka ek...smua jdi gemok2 sbb trbuka gulungnye..

rostina76 said...

idayati: kalau tak cukup penyek mmg senang terbuka roti tu…nak settle masalah terbuka gulungan ni u gam dengan bancuhan tepung+air……sapu kat tempat last gulung tu. inshaallah melekat elok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...