بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 21 February 2013

Durian Crepe ( 7 Jenis Tepung)

Assalamualaikum & good day.

Hehehe!!!akhirnya tercapai impian mommy nak buat Durian Crepe sendiri. Walaupun makan asap je oleh pakar2 memasak di luar sana tapi mommy xkisah malah berbesar hati follow their footsteps (at least banyak cara nak boleh tiru). Untuk 1st trial ni mommy follow Amie (sebab guna 7 tepung which i think mesti sedap giler. Btw kebetulan semua 7 tepung tu ada dlm stok mommy dah berzaman tak guna, kira perabih stok le ni).







1st experiment yang mommy buat  kurang berjaya (gambar di atas). 
Postmortem kenapa tak jadi sebab: 
#Guna ready made whipped cream (malas punya pasal). 
(Tgk @youtube ada org ni guna yg ready made ni, itu yg mommy tiru tapi bila kita simpan dalam petiais dia mendap/meresap). 
#Ketiadaan tepung ubi dalam barter yang digunakan. 
(Semua 6 jenis tepung tu ada dlm simpanan mommy; xbeli baru pun. Ada yg tepung tu dah expired pun guna gak;sayang nak buang, huhu kecuali tepung ubi which i think the MUST utk crepe ni).
Okey, durian crepe dlm gambar kat bawah ni adalah hasil dari 2nd experiment mommy(consider really 'menjadi'). 

Postmortem kenapa menjadi plak:
# Memang kena campur tepung ubi utk buat barter.
#Guna whipping creme yang kena pukul sampai kental, baru kembung & maintain walau dok berjam2 dalam petiais.



Resepi : Crepe Durian 7 Jenis Tepung

Sumber : Amie (resepi asal: Sheila: Spices Journey)


Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung Hong Kong
3 sudu besar tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
2 sudu besar tepung Super Fine
2 sudu besar gula icing
2 biji telur - buang tali pusat
1/2 tin susu cair 
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar mentega yang dicairkan
2 cawan air
sedikit pewarna hijau & kuning 

Caranya:

A. Lempeng/crepe
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati dengan menggunakan whisk.
2. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan dan kacau rata (xsimpan pun rasanya ok).
3. Panaskan sebentar kuali non-stick menggunakan api paling perlahan.
4. Masukkan adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali supaya adunan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak.
5. Tidak perlu terbalikkan crepe sewaktu mengangkat dari kuali.
6. Ulangi sehingga adunan habis dan biarkan crepe sejuk sebentar.

Oh! Dah siap buat lempeng, kita sediakan intinya pula.



B. Inti
1. Putar sahaja whipping cream sampai kental (mommy guna 300ml whipping creme).
2. Lenyek isi durian mengikut tahap kehancuran yang disukai. 

Okey... lempeng sudah sejuk, isi durian sudah dilenyek semangkuk, whipping cream pun sudah mengental, marilah kita teruskan acara membalut melipat pula.




C. Cara melipat

1. Mula-mula, bentangkan crepe dengan sempurna, jangan ada yang terlipat-lipat.
2. Ambil sesudu besar krim kental & letak di tengah2 crepe, kemudian letakkan isi durian dan tutup kembali atas isi durian tadi dengan krim. 
3. Tarik crepe dari kiri ke kanan, dan dari kanan ke kiri sehingga menutupi, dan lipat bahagian atas serta bawah crepe. 
4. Proses terakhir... terbalikkan Crepe Durian 7 Jenis Tepung tadi. 
5. Jangan lupa, untuk rasa yang lebih enak, simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati @ sekurang2nya  1jam.

21 comments:

Umm AA said...

syabas kerana berjaya membuat crepe durian...7 jenis tepung tu..heheeh

Eey said...

Sedapnyer...

Mulan said...

wawaaaahhhh... nak sikit..!!!

Unknown said...

kak noor kehabisan doyan dah ni kat mana Ros beli haha durian thailand tak berbaloii kadang tk manis sngt pun

Kamsiah yusoff said...

betul2 menyeksa tekak ni...simpan stok durian ke

Nastyna said...

berjaya!!! bagus bila bereksperimen boleh tau mana salah silapnya, selamt hari raya, eh selamat menjamu selera.

MamaTiaMia said...

salam ros;) cantiknya your durian crepe so kemas and sungguh details,surely sedap.i suka durian crepe tak boleh berhenti kalau makan,sambil lelap2 mata:)

Amie said...

Lama dah tak makan crepe durian...durian pun dah habis musim, tapi memang sedapkan guna 7 jenis tepung tu Ros... lembut je, tak koyak, dan memang sangat cantik kejadiannya!

Kongkang Malaya said...

Ohhh tidak!
Sungguh menggoda jiwa dan raga tengok durian crepes tu! Sungguh cantik dan licin je dengan warna yang memikat kalbu.

Sampai 7 jenis tepung ke Kak Ros? Haish!
Memang sah tak terbuat dek saya.

rostina76 said...

oh, tq2....harap2 next time memanjang le jadi ekk

rostina76 said...

hi eey, lama tak nampak...sedap sudah semestinya. menjadi kegilaan org skrg ni

rostina76 said...

meh le mulan.......lama dah ros tunggu ni nak jamu DC

rostina76 said...

ros guna durian thai le ni kanoor....mana ada lagi yg local....btw kami suka yg siam sbb mahai & berlemak (hahaha!!!!ayat xleh blah. jgn mare)

rostina76 said...

kesian tekak akak. meh saya repair dgn DC

rostina76 said...

yeay!!!!berjaya. mula2 tu ada gak kes pelik b ajaib tu tapi slps postmortem (bedah sana sini) akhirnya "LIHATLA DONIA, AKU BERJAYA".........aish!!!!over le plak.
btw sila la jugak ye menjamu mata (alalala....mmg xleh bertentang mata le dgn jelita, baru je kenal tapi melting aunty ros)

rostina76 said...

salam zu.
saya pun sbenarnya kagum dgn kejadian DC ni (eh....perasan le plak.hehe). ALhamdulilah merasa DC buatan sendiri. tq for the compliment, btw mmg nikmat le layan DC ni

rostina76 said...

tqvm sifuku Amie.....kik3x saje je bg org terliur time stok durian dah abis ni. btw mmg canggih 7tepung ni, tarik kuat2 pun mmg xkoyak crepenya.

rostina76 said...

Alamak!!!!tergoda sudah minah spain ni.
Hehe, xyah guna 7tepung pun blh aida.....pasni kros nak buat stoberi crepe plak, atleast awok tgk koi makan xde le tergoda lagi sbb stoberi byk @sana ekk.

Nastyna said...

hahahah bangga kan bila jadik. ni kalau saya dapat buat secantik ni, mau 7 hari 7 malam saya tayang kat blog buat sticky post lagi hahahaha. (sebab tu tak pernah menjadi, niat tu niat tu) haha

Unknown said...

boleh guna fresh milk ganti dengan susu cair?

rostina76 said...

sis mary lim: i think should be ok kot klau guna fresh milk pun. good luck

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...