بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 1 February 2013

Serabai ???? Serabe ambo panggil

Assalamualaikum & good day.
Wah!!!pembuka N3 masak & makan untuk tahun 2013. 
Hehe!!!ni nak citer masa kami balik kg haritu (BESUT) ada la beberapa penemuan baru bagi mommy. Bukan resepi tapi juadah.......Terasa begitu ruginya la tak jadi orang kampung. Anak2 buah yang sekarang ni dah besar panjang lagi expert compare tu Cik Yu (gelaran dorg utk mommy) ni. Macam2 juadah yang rupa2nya mommy banyak tak tahu. 
Mula2 tu masa hari dekat nak kenduri kawin K.Teh (anak buah mommy), dorg heboh dok citer pasal "Kerabu bunga nipah" .....Haaa?????? Bunga nipah, ada bunga ke pokok nipah, mcm rupanya, eh sedap ke? Wah!banyak betul soalan mommy kat dorg. Dorg plak jawab 2,3 patah je, "TRY LE DULU, BARU TAHU" kata abg ngah (abg kepada K.Teh). Okeh!!!bila try, sedap, ala2 kerabu nangka rasanya.


Kemudian K.long (kakak kpd abg ngah) plok tiba2 hidang "Serabe Tapai Ubi Kayu"..........Mommy mmg tak pernah makan sebelum ni padahal basic je bendanya. "Sedapnya long" kata mommy bila makan serabe tapai tu. Padahal sebelum ni bukan minat sangat pun dgn tapai ubi kayu ni. Satu lagi mommy dok ingat serabai/serabae ni yg jenis kuih ala2 apam dgn kuah pengat tu rupa2nya ada lagi jenis serabae lain @kg kami. Masa tu mmg terus tanya K.long resepi nak buat serabae. 

Heheh!!! Harini mommy dah try sendiri buat serabae yg sangat le senang & lazatnya. Cumanya, memandangkan mommy tak jumpa tapai ubi kayu lagi kat sini maka mommy alter le guna pisang. Proven, sedap juga guna pisang pun. Harus le jotdown @Wind of Change ni untuk rujukan di masa depan & mommy share jugak dgn kawan2 yang lain.

Bahan2:
Sesikat pisang/Tapai Ubi Kayu
450ml santan 
2 biji telur
1/2 cawan gula (ikut le citarasa ye)
Secubit garam
2 helai daun pandan (simpul) *optional je ni, takde pun takpe

Caranya:
1. Panaskan santan & masukkan gula, garam & daun pandan.
2. Apabila santan mula mereneh (jgn biarkan sampai mendidih), masukkan pisang/tapai ubi kayu.
3. Biarkan santan mereneh sehingga pisang lembut.
4. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam periuk tadi & kacau sekata.
5. Matikan api & sejukkan.
6. Enak dihidang panas @ masukkan dulu ke dalam peti ais untuk dihidang sejuk.




12 comments:

Putri said...

saya pun ingat serabai kuih yg macam apam
salah la pulak

kakyon said...

pernah dengar nama..baru ni tau rupanya..

NEKCIK said...

salam Rezwati..nekcik pun suka serabai ni..lembut gebus cicah kuah doyan..mmg terangkat!!!

rostina76 said...

Serabai yg mcm apam tu ye gak putri....yg kros ni versi lain

rostina76 said...

Kalau @pantai timur mmg famous serabai ni

rostina76 said...

Salam nekcik....kalau yg lembut gebus apam tu ros kurenggg skit gemarnya.hehe selera masing2 kan

Nastyna said...

Salam kenal,
Serabe rupernyer nama dia. Nak la try buat.

izan mama mia said...

mana nak dapat tapai tuu...sedap pulok tgk...

m.u.l.a.n said...

awat tak singgah kerteh... sedaaappp tau serabai tu.. tapi ada yg panggil nama lain..

rostina76 said...

salam kenal Nastyna

rostina76 said...

klu @Msia banyak jual ni izan....cari kat pasar2

rostina76 said...

huhu!!!org kerteh dok jemput mana ada nak menghala ke sana. blk ganu aritu pun cross LPT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...