Assalamualaikum & good day.
Selepas selingan 1, 2 N3 masak2 kita sambung le citer Hong Kong kami yang dah bersisa sikit lagi ni. Aduhai.....Malasnye le nak upload gambar bebanyak ni tapi demi Wind of Change & kenangan untuk kami sendiri juga panduan berkongsi dgn kawan2 mommy gagah le jugak upload sikit2. Ingat nak tayang je slideshows dlm FB kat sini tapi x boleh le plak (kalau dlm slideshow tu mmg berlambak gambar). Mommy ni dah hampir 'hilang ingatan' dengan itinerary kami di Hong Kong 2 bulan lepas. Kira ingat2 lupa la ni ye.
Okey, hari ke-4 kami di Hong Kong kami spend the whole day @Ocean Park. Personally if u ask me, mommy memang suka Ocean Park compare to other spots yang kami dah pergi. SEBAB? Ibarat mcm One Stop Centre; Zoo & educational park + Family adventure theme park + Historical place + Natural environmental visit etc......Overall it's all about getting closer to the animals.
Memandangkan di Ocean Park ni tiada lagi perkhidmatan Subway/MTR (under construction), so kami terpaksa menaiki bus ke sini. Nak dijadikan citer, masa tempat nak stop tu kami mcm blur sbb dok sibuk tgk pemandangan kiri kanan & xdengar announcement jadinya terlajak ke jalan lain. Huhu!!!bila ikut GPS mcm dah dekat je tempatnya tapi pusing punya pusing xjumpa2. Last2 terpaksa jugak naik cab (dekat je rupanya & nasib tambang pun xmahal).
Kami sampai sedikit terlewat (dlm 11am lebih, dorg buka 10am). Pepepun bila sampai, terus je blh masuk bila tunjuk bukti kami beli tiket online (sbb online system dorg ada problem so xleh nak print out ticket). Yang paling syok, masuk2 aje terus dapat tgk 'Sky Fair Celebration' (A team of Ballloonatics & Aviators show the exclusive skills of acrobatic performance).
Abis aje acrobatic show tu kami menapak ke Amazing Asian Animals Camp.
Kat sini kita dapat tengok banyak haiwan2 istimewa yg terdapat di kawasan Asia terutama di negara China seperti Beruang Panda Gergasi, Beruang Panda Merah, Musang, Chinese Salamander & Chinese Alligator etc.
Kat sini kita dapat tengok banyak haiwan2 istimewa yg terdapat di kawasan Asia terutama di negara China seperti Beruang Panda Gergasi, Beruang Panda Merah, Musang, Chinese Salamander & Chinese Alligator etc.
Keluar dari Amazing animals camps, kami terus catch up persembahan theater @Amazing Bird Theatre.
Mereka membawakan persembahan "Emperor of the Sky" dgn melibatkan pelbagai jenis burung. Cukup memberi pengetahuan & kesedaran kepada budak2 yang menonton (walau tak faham pelakonnya bercakap Cina, hehe).
Kemudian, round2 sekitar Old Hong Kong (dorg set up bandar lama HK). Pastu kami semua naik sea life carousel termasuk daddy. Syok gak sekali sekala jadi bdk2 ni.
Okey, after posing sana sini & main a few attraction, kami rehat jap sambil layan lunch (bekal lagi roti cicah kari ayam brand
yeos plak, kurenggg sedap tapi abis juge). Oh ye, kot le ada yg wondering kenyang ke makan roti je (eh, kenyang giler sebenarnya). Fyi, kalau travel@jalan2 dgn kids ni mmg kena ready bekal kudap2 yg mengenyangkan byk2 especially biscuits & chocolate. Air mineral & juices juga mmg tak putus2 kena teguk. Air tu xyah le susah payah bekal sbb everywhere u go around the globe mmg halal kan. Beli jelah.
Sambung citer........after kenyang layan roti cicah kari tu kami start menyeberang dari The Waterfront ke The Summit dengan cable car.
The experience was SUPERB especially to 3A (mommy & daddy pernah naik cable car @New Zealand dulu but at that time kami naik waktu malam utk dinner so mmg gelap xnampak apa).
Dari atas cable car kita boleh nampak clearly HK Island as well as Kowloon (I guess sbb gayat gak nak pandang lama2, hehe).
Di bahagian The Summit ni lagi happening & banyak sangat attractions permainan. Ia dibahagikan kepada Rainforest Zone, Polar Adventure, Thrill Mountain, Marine World & Adventure Land. Attractions yg ada di sini dibuat mengikut tema zone masing2.
Disebabkan banyak sangat tempat mainnya, byk yg kami skipped (kami tak main semua sbb ada a few yg kira bahaya jugak utk bdk2 & kesuntukan masa).
Yang penting jgn lepaskan peluang masuk @North Pole Encounter & South Pole Spectacular utk melihat secara real dgn penguin, sea lion & walrus.
Oh lupa nak mentioned, we did watched Ocean Theater featuring talented mammals ; dolphins & sea lions. Best show tu, ada lucu, serius, sedih & gembira.
Dapat lihat dolphins & sealions live (dekat plak tu kami kira duduk seat yg betul2 tengah belakang kandang sea lions buat performance ni) suatu pengalaman yg berharga especially tu the kids (Ahdia sampai melopong tengok mammals tu).
Selain pertunjukan air oleh dolphin, sea lions & trainer mereka, persembahan tersebut dimulakan dulu oleh live band ni. Mat Salleh ni nyanyi lagu Christmas. Layannn jelah.
Bila dah selesai round The Summit & beli sedikit souvenir, kami pun bergegas beratur naik Ocean Express untuk cross semula ke The Waterfront. Masa tu dah pukul 6pm++. That the last train available. Ocean Express ni train yg membawa pelawat samada dari The Waterfront ke The Summit @ vice versa. So, kita blh pilih samada nak naik cable car @Ocean Express.
Bila kami dah sampai @The waterfront, pertunjukan akhir (Aqua City Lagoon Symbio) masih belum bermula. So, kami ambil peluang masuk ke The Grand Aquarium. Best sangat dalam ni sebab ibarat kita berada di dasar laut (ala2 Aquaria KL la ni).
Macam2 species hidupan laut yang kita tahu & tak tahu ada di sini. Jerung, pari gergasi, sotong kurita, ikan pelbagai jenis etc mmg banyak sangat dlm big aquarium ni tetapi yang paling menarik perhatian mommy makhluk ni ; Leafy Sea Dragon.....SUBHANALLAH mmg cantik & mengkagumkan. Mmg mcm dragon bentuknya.
Last but not least, persembahan penutup yang sangat hebat. Kalau @Disneyland kita ada light & fireworks show, di sini juga ada. Yang berbeza cerita yang disampaikan & yang paling best di sini bukan sahaja light, fireworks tetapi ada water & fire effect lagi.
Ceritanya mengisahkan 2 ekor naga yang bergaduh & menunjukkan kekuasaan masing2 tetapi di akhir cerita mereka terpaksa akur dengan kuasa persahabatan. HEBAT!!!!!suka sangat.
Okey, sebelum mommy tutup citer Ocean Park ni, mommy bagi links untuk yang berminat nak pergi. Yang tak nak pergi pun tapi tak berapa faham citer mommy ni blh je tengok details pasal Ocean Park kat SINI.
---------------------------------------------------------------------------
p/s: untuk kawan2 yg sudi singgah, maaf ye mommy blm sempat nak dropby blog u all. No worry, I will cuma masa je kena curik2 sikit. Sooner @ later sure sampai. Jgn mare & have a blast weekend ye everybody.
5 comments:
Wah, bestnya ocean park ni, mcm2 ada! Cantiklah tempat dia..nmpk bersih. Tq for sharing..:)
Aslmkum Ros
bestnya tengok ocean park tu.....mmg happening utk seisi keluarga...byk tempat boleh pergi. kat waterfront itupun menarik....light & fireworks dg fountain.. cantik.
Bestnya dapat melancong... cantik dan bersihnya di situ ye Ros!
seronoknya dapat melancong...tak dapat pergi dapat tengok2 gambar pun ok...
best nya!!!! Ya Allah suka saya tengok ni, macam2 ada kan sana, takder la bosan tengok animals semata. semua pun menarik.
Post a Comment