بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 24 July 2011

PULUT SEKAYA (TOK AJI SERBAN)

As salam....memandangkan mok stranded @Brunei ni, mommy mmg amik peluang le berguru dgn mok....Sebelum ni x teringin pun nak belajar buat kuih2 tradisional tapi since dok Brunei ni a.k.a jadi surirumah keinginan tu dtg dgn sendiri.Hehe,kelakar le dah umur 35tahun baru dpt hidayah nak buat kuih muih.Pepepun 'better late than never'....


So,utk resepi pertama mommy berguru dgn mok harini ialah 'PULUT SEKAYA'......Kalau org2 pantai barat (luar kelate&ganu le) lebih terkenal dgn kuih talam yg macam2 perasa,kami @pantai timur mmg tersohor dgn pulut sekaya.Kalau dulu2,mok mmg hebat le berjualan dgn pulut sekaya ni especially time2 bulan pose.Rugi rasanya klu xbelajar dgn mok buat kuih ni.Bila dah try buat arini,alhamdulilah menjadi & mendapat pujian sifu.Senang je rupe2nya buat PULUT SEKAYA ni...Mok kata senang je,susah lagi buat cucur bilis (hehe,cucur bilis mommy terer bangat).


Utk yg nak try gak,ni resepinya.

Bahan2
Pulut ( 4 cawan)
Telur (8 biji)
Santan pekat (amik kepala santan tu dr sebiji kelapa)
Gula nise (gula melaka)
Garam
Daun pandan (4 helai)
Air

Cara2nya
1. Rendam beras pulut semalaman.
2. Sehari sebelum buat, masak gula nise dgn sedikit air.Biarkan betul2 sejuk (biar semalaman lagi bagus).Lagi satu,semasa memasak gula nise ni guna sikit sahaja air (kalau 5 keping nise tu cuma guna setengah cawan je air, kemudian selalu kacau semasa memasak bagi mengelakkan nise membuak keluar).
3. Keesokan harinya, kukus pulut sehingga masak.
4. Setelah keluar wap, arung/gaul pulut dgn kepala santan (pastikan pulut sebati dgn santan & nampak berminyak). Jangan lupa tambahkan sedikit garam ke dalam santan.
5. Setelah sebati,tekan dgn mampat pulut ke dalam dulang/loyang.Tekan guna plastik/daun pisang.
6. Pada masa yg sama, satukan 8 biji telur+1 cawan santan pekat+1 cawan gula nise ke dalam mangkuk besar. Ramas 4 helai daun pandan bersama2 bahan2 tadi. Ramas sehingga adunan menjadi berbuih&sekata.
7. Ketika meramas adunan,kukus semula pulut di dalam loyang tadi.
8. Setelah keluar wap dr pengukus,tapis & masukkan adunan ke atas lapisan pulut.
9. Kukus semula selama 15-20minit @ sehingga masak (guna lidi utk check kepalanya sudah masak @belum).
20. Apabila masak,keluarkan loyang dr pengukus & sejukkan pada suhu bilik. Apabila hendak makan,potong menyerong.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...