بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 5 July 2011

SAMOSA & CARA MELIPATNYA.

Xsempat nak jot down resepi ni,padahal buatnya hari ahad lepas.Mommy buat ni utk breakfast......This time buat inti daging kentang kari (mcm inti karipap).

Bahan2 (dpt 25 biji)
  • kulit popiah (bahagikan 2)
  • ubi kentang (3biji sederhana kecil dipotong dadu)
  • bawang besar (1biji dipotong dadu)
  • bawang putih (2 ulas dikisar)
  • daging kisar (dalam 1 cawan)
  • serbuk kari (3 sudu besar)
  • garam(1 sudu kecil)
  • gula (1 sudu besar)
  • air
  • minyak utk mengoreng
cara2

Utk inti
  1. Tumis bawang putih,bawang besar sehingga garing.
  2. Masukkan daging & ubi kentang, masak sehingga empuk.
  3. Masukkan bancuhan serbuk kari.Gaul rata.
  4. Tambahkan perasa garam & gula.
  5. Renehkan sehingga airnya kering.
  6. Setelah siap,biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam kulit samosa.
Utk melipat samosa sila refer klik dibawah:



Okey after dah lipat tu,goreng la hingga garing ye.Hehe,mula2 tu huduh je lipatan yg mommy buat tapi as said "practice makes perfect"....Menjadi le jugak ;)

Chewah, susunan kincir angin.hehe (zafran tanya kenapa mommy letak mcm tu?)
Jawapan mommy:saje nak ambik gambor letak dlm blog,baru cantik.


Selepas goreng 10 biji,balance lagi 15 biji buat frozen.....

1 comment:

rostina76 said...

rupe2nya byk cara org lipat samosa ni ye....satu lg cara mcm lipat bendera je.hehe,tapi yg ni lagi senang&cepat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...