بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 29 March 2013

Sotong Rebus Ketuk Serai

Resepi kedua ni plak special woooo. Hehe!!!!kalau org2 belah Pantai Timur mmg familiar la kot dgn resepi ni tapi mungkin org2 negeri lain kurang tahu ttg resepi simple & senang tapi slurrpp sedap dihirup ni. Kalau bagi mommy lauk ni + ulam + budu = 2 pinggan nasi abis......

Yang belum pernah cuba tu mungkin boleh try kot2 kena dengan selera u all gak. After all, resepi ni sangat sihat & sesuai utk yg tengah berdiet (provided jgn tambah nasi le ye, hehe). Bagi daddy, lauk ni macam pelik pada peringkat awal perkenalan mereka, tapi rasanya sekarang ni dia pun dah boleh layan, lebih2 lagi kalau matching dgn budu. Satu lagi nikmat dunia.

Cara nak buat pun senang sesangat......

Bahan2:
500g sotong (sederhana besar)
5 batang serai (diketuk/titik)
5 biji bawang putih (diketuk/titik)
10 biji cili padi/3 biji lada hijau (optional....kalau xnak pun takpe)
1-2 keping asam gelugur/keping
Garam
1 liter air

Caranya:
1. Mula2 bersihkan sotong (buang lendir hitam di badan sotong).
2. Masukkan semua bahan2 kecuali garam & asam keping ke dalam periuk & renehkan di atas api perlahan.
3. Apabila kuah telah mendidih, masukkan 1 cawan air lagi & tambahkan garam & asam keping. Biarkan kuah mendidih semula sebelum ditutup api.
4. Sedia dihidang.






5 comments:

SYAHIDA said...

yup mmg btul...mak sy selalu mskkan...sy jrg2 hehheh

Nastyna said...

Yang ni memang nikamt donia... hahaha saya dapat rasa manis2 sotong tu kat lidah ni. slurrpppp.

rostina76 said...

syahida: sekali sekala layan mmg happening rebus sotong ni. tapi mmg kena matching dgn budu baru ummph!!!

nastyna: nikmatnyoooo, slurppp!!!ajar ko JJ make ni utk diet sihat ;)

Mixed-family in da house.... said...

feveret saya jugak ni....heheheheh...dengan budu, memang layan kan......

hainom OKje said...

Lebih kurang singgangkan Ros...lebur gitu je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...