بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 5 March 2013

TUGU PERINGATAN buat PEJUANG NEGARA


Assalamualaikum & Good day.








DEDICATED TO THE HEROIC FIGHTERS IN THE CAUSE OF PEACE & FREEDOM.......
MAY THE BLESSING OF ALLAH SWT BE UPON THEM, AMIN3X......


Just sharing my patriotism spirit towards our HERO whom fighting  the battle. The photos; was our December 2011 year end school holiday @ TUGU PERINGATAN NEGARA MALAYSIA. 3A enjoyed their time with cousins (Arfa & Alif dlm pantang after 'potong').







Pengakuan Ekslusif mommy:
Bila Marya komen pasal dia xpernah pergi ke Tugu Negara Malaysia tu membuatkan mommy mengambil keputusan mendedahkan pengakuan ni. Secara jujur juga mommy mmg tak minat sangat masa daddy bagi cadangan nak p Tugu Negara time ni. Tetapi memandangkan masa tu kami mmg dalam rangka lawatan ke 'KL BIRD PARK' yang terletak bersebelahan aje dgn Tugu Negara ni tambahan pulak Arfa begitu bersungguh2 hendak melihat Tugu Negara. So, mommy ikutkan aje (dalam hati, alahai boringnyeeee). 
Untuk pengetahuan semua, mommy pernah jejakkan kaki ke Tugu Negara Malaysia zaman mommy di usia Arfa (masa tu dah tak ingat pergi dgn sapa, tapi rasanya pergi dgn arwah datuk & nenek). MasyaALLAH!!!!bila saja terjadi kes Lahad Datu ni, tiba2 semangat Patriotik melanda jiwa (pelik gak napa mommy semangat sangat....itu tak penting yang penting ibarat ALLAH bagi hidayah). Tiba2 mommy teringat gambar2 kami ke Tugu Negara ni. Yang menyentap hati mommy ialah bila mommy teliti & baca semula kata2 (actually DOA) yang dipanjatkan kepada perajurit yang terkorban. Masa pergi tu mmg baca pun WORDING tu tapi frankly speaking mmg xde rasa apa2. Tapi semalam bila masa mommy nak post gambar ke FB profile picture rasa mendalam sangat doa tu. SUBHANALLAH!!!!! begitu manusia boleh berubah. 

CUMA, yang mommy curious.......bila mommy post gambar @Profile FB ramai kawan2 yang like & komen. Mommy tak tahu samada mereka benar2 maksudkan @ bergurau @ mempersendakan semangat mommy. Apapun, mommy rasa bangga sebab mommy ada gambar tu. It's show everything about my feeling betapa sayangnya mommy kepada Malaysia & betapa risaunya mommy kalau2 malapetaka buruk terjadi kepada Malaysia. Walaupun cukup selesa menumpang dibumi bertuah Brunei tetapi jauh di sudut hati masih menzahirkan kesyukuran dilahirkan di Malaysia. Walau hebat & senang mcm Brunei ni, mommy tetap bangga dengan Malaysia. 
Last but not least, yang membimbangkan mommy skrg bukan pihak musuh luar tetapi bangsa/rakyat kita sendiri especially muda mudi harapan bangsa. Bila terjadinya kes Lahad Datu ni begitu ramai yang meluahkan kekejian diri mereka sendiri terhadap negara & pemerintah. Mungkin bagi mereka itu hak mereka untuk hidup berdemokrasi tetapi secara peribadi mommy tetap berpegang kepada prinsip "Hormatila org tua & ketua". Kalau mereka salah & tidak betul bukan dgn cara berkasar & memberontak tetapi kita perlu lebih berhemah dalam mempertahankan hak peribadi kita (tak puas hati sangat pun, tunggu sajala pilihanraya akan datang. Jika benar pemerintah tidak bagus & menindas rakyat......berdoa suatu hari nanti mereka diganti dgn yang lebih baik).

Akhir kalam, semoga ALLAH sejahterakan Malaysia Tercinta & keturunan kita nanti kekal bahagia di bumi Malaysia tanpa sebarang bencana, Amin3x.


MORAL OF THE STORY: 
Bawala anak2 bercuti ke TUGU NEGARA MALAYSIA & explain kenapa adanya tugu tu kat situ (itu yg 3A & sepupu2 dorg tanya dulu tau masa kami pergi). Tanamkan semangat patriotik dalam diri anak2 walau sedikit & tolonglaaaaa jgn dedahkan mereka dgn politik kotor @Malaysia. Kenalkan aja mereka dgn pemimpim2 negara baik dari parti pemerintah mahupun pembangkang. 

5 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

semoga parajurit kita dilindungi ALLAH SWT,amin!~

Anonymous said...

assalam.. salam kenal kak. akak,nanti jangan lupa erh buat entry bujet gi HK haritu.. teringin juga nak tahu kalau nak gi sana brapa bujet diperlukan..
semoga sabah akan kembali aman..amin.
lin

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..salam takziah buat keluarga mangsa dan kepada yang terkorban..Untuk yang beragama Islam Al-Fatihah diutuskan...

Marya Yusof said...

As salam Kak Ros,

Honestly, w/pun bekerja & berulang-alik hampir tiap minggu ke KL tak pernah lagi pergi Tugu Negara! Lalu je... Semoga perwira Islam yg gugur dpt syahid... insya'Allah... ameeen :))

Nastyna said...

Jasa mereka akan dikenang sampai bila2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...