بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 6 March 2013

Puding Roti Tembikai Comel !!!!


 Assalamualaikum & good day.
Kita ceriakan hari2 dalam permulaan Mac yg agak suram 4,5 hari ni dgn sesuatu yg cool & cute. Sebelum tu sila baca semula PENGAKUAN EKSLUSIF mommy dalam previous N3 ni ye.

Okey, mommy happy sebab eksperimen ini menjadi & pelanggan berpuas hati (anis je kureng minat....takpe abaikan dia yg sorang). Sebenarnya dah lama mommy admire dgn si cute ni (yelah dah lama pun resepi ni org lain try) tapi seperti biasala ragu2 dgn skills sendiri & ditambah dgn sikap malas yg kadang kala melanda diri. 


Alhamdulilah, last Monday mommy berjaya meNYAHkan si malas dalam jasad mommy ni. Heheh!!!!trill gak kan nak fight dgn si malas ni (lagikan plak para HERO kita yang berjuang dgn musuh durjana). Yang menguatkan lagi tekad mommy nak cuba buat si cute ni sebab;

 1. 2 bungkus roti masih belum abis sdgkan expired date dah over (geram bebudak ni, kalau stok roti abis maunya merengek2 nak makan roti, bila dah berlambak stok depa buat tak tau je).

2. Mommy beli tembikai (kat Telisai ni mmg pusat tanaman berkelompok tembikai & ada gerai di tepi2 jalan jual tembikai, almost everyday thru out the year). Si Ahdia ni plak hantu tembikai, bila makan mmg dia selalu warning "jgn makan abis tau mommy, adik nak makan lagi".......so end upnya, simpan punya simpan ada la sebekas lagi tembikai yang dah hampir lunyai & masam dek peraman si Ahdia ni. Mommy decided kena selamatkan sebelum terlambat.

Jadinya, bila keadaan dah 'darurat' mommy terus aje teringat resepi Puding Roti bentuk tembikai ni (mommy baca dalam majalah MIDI, majalah ni lagi.....hahaha dah hampir nak msk 40's ni kena la berjinak2 dgn MIDI). Resepi ni drp kak blogger yg hebat tu CT DELIMA. Bila mommy tgk bahan2 semua ada stok & terus proceed buat. Senang je nak buat puding ni (lebih kurang puding roti batik yang mommy buat dulu cuma nak melapis bentuk tembikai tu je yang leceh sikit). Pepepun, mmg seronok bila dah jadi bentuk ala2 tembikai ni. Ahdia pun excited bila mommy cakap "adik, mommy buat kuih watermelon, sedapppp". Bila dia try "emmm, sedapla mommy, mcm watermelon betul". Siap the next day bawak p sekolah nak bagi kawan dia. Heheh!!!!mommy ckp xsedap dik bawak sekolah nanti xsejuk, tapi berkeras gak nak bawak. Haiiii, adik.


Sumber : MIDI 1 Januari 2013 (resepi asal CT DELIMA)
Oleh : Mommy @Wind of Change 

Sukatan ni mommy dah adjust ikut keperluan kami (kak CT guna separuh dari sukatan mommy ni)

Bahan2:
2 peket serbuk agar2 (10-12g/pkt)
1 cawan gula
8 cawan air
4 keping roti
2 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar mentega
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna merah
200g isi tembikai + 2 sudu besar air (kisar lumat)
Cincau (kak CT guna bijan hitam which i think contras rasa dgn puding. That's why mommy guna jelly cincau gak. Sorry kak CT)

Caranya:
1. Masak agar2 bersama gula & air sehingga hancur.
2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair & carik2kan roti. Masukkan susu cair, roti & susu pekat manis. Kisar sehingga halus.
3. Setelah agar2 hancur, masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Masukkan juga esen vanila & mentega. Kacau sehingga mendidih & sedikit pekat. Tutup api.
4. Ambil sedikit adunan (dalam 4-5 senduk) & warnakan hijau. Tuang ke dalam loyang 4 segi. Biar sedikit keras.
5. Ambil sedikit adunan (dalam 4-5 senduk) & biarkan kekal dengan warna asal. Lapiskan di atas lapisan hijau yang telah sedikit mengeras tadi. Biarkan sedikit keras.
6. Adunan yang selebihnya diwarnakan merah & dicampur sekali dengan isi tembikai yang telah dikisar. Kacau rata & curahkan di atas lapisan kedua (berwarna asal). Selang selikan menuang lapisan merah dengan taburan cincau yang dicincang halus (sebagai biji tembikai). Biarkan lagi sehingga keras.
7. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

p/s: Kak CT buat 2 kali lapisan hijau & asal tetapi mommy tak buat sebab mahukan isi tembikai yang tebal.


11 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

menarik!

Liza said...

cantikkk...

Gee® said...

Canteknya...

Nooriah Abdullah said...

menarikss ni Ros tapi tembikai pulak takde ni aduyaiii malas lah nak ke telisai tu hee

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum kak..itu dia..dalam duk nyah2 rasa tu, sekali buat...Wowwww mabelessss...kaler pun cantikkkkk je

yan's cottage said...

cantiknya....macam tembikai betul je.....

Kuazue Mohd said...

ko dah buat rosti...azu plak duk peram resepi tak hengat..t nak wat juger lah yer...

m.u.l.a.n said...

woaaahhh.. cantik.. mesti sedap ni..

NEKCIK said...

ohh sodaapnya..mai sepotong Ros!!!

Rezwatisman said...

Salam....
tq le semua sbb memuji2 kejadian tembikai ciplak saya yang cumey itu. hehe, pasni saya nak buat lagi, nanti hulur kat nekcik ye.

Nastyna said...

salute la kak..berjaya jugak akhirnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...