بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 3 March 2013

BAWANG GORENG RANGGUP

 Assalamualaikum & good day.


Sehari dua ni mommy moody skit (hehe, biasala cukup2 bln nak kibar bendera ni). Sedih, geram, marah bercampur baur dengan peristiwa yang sedang berlaku di Lahad Datu & sudah menular ke Semporna & Tawau. Apabila melibatkan nyawa & keselamatan anggota keselamatan juga masyarakat yang di ambang bahaya kita mmg sepatutnya merasa gusar, KAN? Mommy tak faham kenapa ada lagi manusia yang berhati kering, asyik menunding jari mencari salah & helah. Bila difikir2, rasa terpukul sangat dengan dugaan yang ALLAH uji ni. So called Malaysia sebuah negara yang aman, berteknologi tinggi & sentiasa bertolak ansur, tapi bila keadaan dah semakin genting di Sabah kita ibarat goyah & lemah. Sepatutnya kita sama2 berdoa & support perjuangan anggota keselamatan tak kira PDRM & ATM. Kalau dah org luar boleh menyelinap masuk & mengancam nyawa rakyat Malaysia, siap sediala untuk kita gempur. 
Pepepun, semoga peristiwa ini MENYEDARKAN semua rakyat Malaysia tak kira bangsa, agama mahupun ideologi politik yang berbeza agar BERSATU PADU mempertahankan negara (yang tak mampu pikul senjata, iringi dengan doa). Semoga kita semua selamat dari apa jua mala petaka & fitnah. Amin3x......


Panjang lebar mukaddimah harini. Hehehe, melepaskan perasaan PATRIOTIK ni. Lama dah tak rasa semangat mcm ni lebih-lebih lagi bila situasi di Malaysia yang berserabut dgn perang politik. I"M SICK!!!!!
Haaaa.....melalut lagi, sebenarnya mommy nak post gambar bawang goreng je yang mommy buat semalam. Dok menyampah dengan rasa bawang goreng instant (yg dok jual) pastu dok baca mcm2 benda negatif pasal dorg goreng campur plastik le etc......so, bila semalam mommy sedia SOTO JAWA (uish!!!serius sedap soto ni, nanti next N3 mommy tayang plak) mommy pun merajinkan diri buat sendiri bawang goreng. Seriously, mmg dah lama berzaman since I last saw homemade bawang goreng ni (rasanya masa zaman mok dok berniaga dulu2 je tgk benda alah ni,hahaha giler lama).
Korang kagum tak tengok selonggok bawang goreng ni, hehehe jangan takut mommy tak hiris seketul2 (mau pengsan kalau kena hiris nipis2 cam zaman mok dok buat dulu2). Beli le berapa kilo pun, beres!!!!!!mommy guna food processor je (tapi nak mengupas tu jenuh gak, rasa mau je beli yang dah siap kopek.......haaaaa, serius punya malas ni). 

Nak resepi ke?
Mana ada resepi, cuma bila dah siap kupas kulit tu, basuh bersih & jemur panas sampai kering. Bila dah betul2 kering, baru goreng garing. Jaga api jangan besar sangat & jangan kecil sangat (mommy ada gak yang terhangit skit, tapi okey le kot....ada campuran hangit, ranggup).
INGAT!!!!biar betul2 sejuk baru simpan dalam bekas kedap kalau tak lemau le ia. Selamat makan bawang goreng yang selamat kawan2 :P



2 comments:

ummuaidan said...

Bagus ade stok bwg goreng nie kat umah..senang nak guna bila2 ms jer...

Nastyna said...

dah lama saya tak berbawang goreng, sini payah kot nak jumpa bawang merah kecil tu, ada pun mahal.
about sabah tu, saya pun disappointed with some people, politik lagi penting dari nyawa.
I just went through that moody phase, hihihi have fun kak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...