بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 29 March 2013

Bawal Sweet Sour



Last recipe for back to back seafood kali ni hahaha!!! 'lauk pengantin zaman 80an'.......Nape mommy panggil 'Lauk Pengantin 80an' sebab masa mommy kecik2 dulu zaman 80an le mmg berebut2 nak makan lauk pengantin yang sedap ni (hari2 biasa mana dapat makan ikan bawal bagai ni dulu2, mahai ooo). Pastu yang mommy paling suka tu haa kutip kacang peas. Kalau dorg buat dulu takde la tuang peas mewah berlambak-lambak mcm dalam gambar mommy ni, sikit je letaknya. Itu yang membuatkan kita budak2 suka dok kutip. Selain ikan bawal, ayam masak macam ni pun mmg pujaan hati le dulu masa kecik2.

Btw, cara mommy ni kira sempoi la ye. Ada org buat style lain tu terpulang le tapi mommy tumis bawang putih sampai garing, baru masuk cili boh/giling. Goreng sampai garing baru masuk bawang merah kisar (cara ni mommy baru tahu & belajar masa balik K.Teh kawin aritu.......tukang masak tersohor utk kenduri yang ajar tumis gitu). Kalau sebelum ni, mommy campur terus bawang putih+bawang merah, pastu baru masuk cili boh. Trust me, rasanya lain. So skrg ni kalau mommy buat masak tumis ni, mmg asing2 tumis bawangnya.
Kalau nak buat sweet sour ni, masukkan aje sos tomato & perisakan dengan garam & gula. Bila dah reneh (tambah air sikit ye) kuah tu baru masuk ikan bawal/ayam (yang dah digoreng garing). Masa nak angkat baru masukkan kacang peas (dalam tin). Hias dengan potongan bawang holland & lada merah. SIAP!!!


4 comments:

SYAHIDA said...

nnti kna try...biasa sy tumis bwg putih smpai kekuningan je..jd lain ek kalo biar smpai garing?

rostina76 said...

maksud kros tu tumis asing bwg putih sampai garing/kekuningan pastu baru msk cili boh. kemudian baru masuk bawang merah.....hehe, resepi simple ni kena try tau ;)

seharum kasturi said...

berbaloi gi blog nih . dapat tips nak sedapkan tumisan ... thanks

hainom OKje said...

Yelah ....budak sekarang tak heran lauk pengantin kan Ros...zaman okje kecik mmg berebut...dulu mmg Susan Mk dapat benda cam ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...