بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 15 March 2013

Pulut Pagi @ Pulut Manis

 Assalamualaikum & good day.
Seronot aje mommy rasa bila bukak blog nampak blue kitchens, hehe malas rasanya nak buat N3 baru (alasan je tu sebenarnya sbb semalam xdak N3). Yang sebenarnya mood nak g jalan2 sedang melanda 2,3 hari ni since 3A cuti sekolah lama 2 weeks........tapi tuuuuuu la, yg sedihnya daddy plak tgh berperang dgn 'Mr Turbine' dia. Aish!!!! nak ajak g jalan2 pun mcm tak kuasa. Biarle, kita isikan perut kenyang2 pastu melangut je dalam rumah (ternak badan).....sob 3x!!!!


Pagi tadi untuk breakfast, mommy rajinkan diri mengukus pulut & buat pulut manis. Wallaweh!!!ala2 perempuan melayu terakhir lagi. 3A tak layan pun sebab dorg layan 'juadah birthday anak jiran'. Semalam dorg attended birthday party anak jiran ni, dapat goodies & dapat lagi tapau makanan sebab mommy & daddy x pergi (daddy blk lambat xdpt kami nak joined). So, pagi ni kira penuh meja juadah breakfast kami. Alhamdulilah!!!


Kalau tengok sekilas pandang mcm wajik, tetapi "SERUPA TAPI TAK SAMA". Kalau wajik cara masaknya kena masak atas api sehingga melekit tetapi pulut manis kita kena kukus & pulutnya tidak melekit mcm wajik. Cara makannya pun lain sedikit. Wajik dimakan terus, tetapi pulut manis dimakan bersama kelapa parut.

Frankly speaking, mommy mmg xpernah buat pulut manis ni (ada org panggil pulut pagi sebab mmg famous breakfast ni @Kelate). Cuma masa @Besut mmg kerap juga makan pulut manis ni (biasanya kami beli je). Itu yang bila kebetulan ada kelapa muda & pulut, mommy bereksperimen dgn pulut manis ni. Jom kita tengok eksperimennya susah ke senang.


Bahan2 pulut:
500g beras pulut
2 kerek nise (2 kpg gula manisan)
2 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)



Bahan2 hiasan/topping:

1/2 biji kelapa muda (diparut & digaul sedikit garam)
1 sudu besar beras pulut (disangai keperangan)



Caranya:
1. Kukus/tanak pulut (setelah dibasuh & direndam semalaman).
2. Dalam periuk asing, didihkan air & gula manisan sehingga larut. Letakkan simpulan daun pandan semasa mendidihkan larutan gula manisan. Ketepikan.
3. Setelah pulut masak, arung/gaul bersama2 larutan gula manisan tadi sehingga sebati.
4. Kukus semula pulut tadi bersama2 simpulan daun pandan sehingga wap panas keluar dari periuk kukus.
5. Semasa menghidang, letakkan topping.


11 comments:

Nastyna said...

Ini fav untuk breakfast kami jugak dulu, saya tak suka wajik sebab manis sangat, tapi pulut manis ni, nama jer manis tapi tak semanis wajik. paling suka kalau makan ngan kelapa muda ngan kacang merah tu.

hainom OKje said...

Nampak menarik .... pulut yg tak masak tu pun cantik sebagai hiasan hehe

ishamizu said...

Rajinnya mommy ni..! Sini sll breakat english style je hihi..

lady lavender said...

baru nak ckp ingatkan ini wajik. Rupa sama kecuali tang kelapanya. First time dgr pulut pagi :-)

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

salam ziarah..selalu dengar opismate citer pasal pulut manis..ni baru tau n tengok rupanya..selama ni ingatkan wajik..

Farah said...

I have never tried this yet but the recipe looks simple enough!! So many recipes to tryy hehe

x
Farah

ummuaidan said...

mmg feveret pulut pagi nie ros.nak buat tak leceh kdg2 asyk melekat kat periuk...:)

nik ros said...

sedap ni. org kelate tahu la pulut ni kan. yg penting tak manis sgt. tu yg best tu. wajik tu manis skit.

Amie said...

Tengok gambar warna coklat tu ingatkan sama dengan wajik, rupany bukan ye Ros... thank you for sharing!

m.u.l.a.n said...

feveret..!!!

rostina76 said...

nastyna: tula, klu ore pantai timur mesti suka pulut ni. btw kros x pandai makan dgn kacang merah tu.

hainom: hehe, nak posing kasi menarik sikit....kalau nak ngap mmg lg sedap gaul rata kelapa parut tu ;)

ishimizu: hehe, kena la rajin, nak2 cuti sekolah ni. asyik nak makan je

LL: pulut pagi ni famous @kelate miza, ganu kite dok berapa sohor

K.Nah: hehe, dah kenal la skrg ekk

Farah: Hehe!!!we msian are so rich with cuisine kan. byk lagi local cuisine among malay ourself pun masih blm explore lagi. kros pun byk lagi menu2 negeri lain yg blm pernah try ;)

ummuaidan: oh yeke, kat sana senang kan dpt bahan2 mcm @Msia gak kan. so, kot mengidam baby tu blh le buat ;)

nik ros: setuju, kros pun xsuke wajik...klau makan pun time kenduri je kot

Amie: welcome Amie ;)

m.u.l.a.n: yeke? u org kelate ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...