بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 12 March 2013

TAPAI UBI KAYU GORENG

 Assalamualaikum & good day.
Turn Tapai Ubi Kayu Goreng pula mengambil tempat harini. Mommy rasa kurang rajin le nak menaip banyak2 harini so terus jelah layan gambar & resepi.

Cara membuat tapai ubi kayu u all refer N3 semalam & tepung gorengan plak mmg mommy stick dgn resepi turun temurun mok la. Senang & klasik juga crunchy memikat hati dari dulu, kini & selamanya.


Bahan2:
10 potongan tapai ubi kayu
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air (bergantung kepada kepekatan yg dikehendaki)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 sudu besar air kapur
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Mula2 campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit & garam. Gaul rata.
2. Tuangkan sedikit demi sedikit air & dikacau sebati.
3. Masukkan air kapur & kacau lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tapai ubi kayu & salut rata.
5. Goreng sehingga garing. Toskan minyak & hidang.




7 comments:

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

salam ziarah..baru tau tapai ubi boleh juga digoreng =)

KY said...

org yg suka memang cakap sedap, tapi KY tak pernah makan, mcm mana rasanya ekk...

mama sara nur said...

assalam
tapai memang kesukaan tak kira pulut atau ubi, yummmm memang tak tolak kalu ada he heee
tp kali pertama tgk yg digoreng gini
ok jgk kan blhlah try nanti

Farah said...

Waaaaah sedapnyer nampaknyer, terliur saya!!!! Bertuah betul your kids dapat mommy yg terror masak yummmm hehe

x
Farah

dekdaa said...

Fav. mak saya ni.. ehehe.
Saya tak suka sebab tak makan tapai hmmm.

Nastyna said...

Faveret saya gak ni, lagi suka ni dari pisang goreng. Tapi payah la nak menapai kat sini huhuhu.

rostina76 said...

kak nah backyard: kat pantai timur yg famous dgn tapai goreng ni

KY: nak tahu rasa kena try KY ;)

Mama Sara Nur: dah try mesti suka ;)

Farah: setiap anak mesti bertuah dgn mommy masing2. kros pun skrg baru ada masa masak best2, dulu main cincai2 je

dekdaa: oloh!!!!rugila dekdaa. sedakk ni

nastyna: ampai kain jelah ko kat sana dik :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...