بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 12 March 2014

Begedil Ikan a.k.a Solok Goreng

Assalamualaikum & salam sayang semua.

Harini mood masih lagi suram, sesuram keadaan mendung di Kg Danau (moga2 hujan turun harini since cuaca tersangat la panas lately ni). Harapan & doa masih terus terarah kepada kehilangan MH370 (Day 5). Inshaallah semoga ALLAH makbulkan doa kita semua.


Mommy nak share satu resepi yg mmg sinonim dgn kami @Pantai Timur. Biasanya kami akan buat Begedil Ikan ni kalau ada lebihan inti solok lada. Basically bahan2nya mmg sama dengan SOLOK LADA, cuma instead of sumbat dalam lada besar, begedil ni kita gentel & goreng sahaja. Selain dimakan dengan nasi, kalau mommy mmg suka meratah je ala2 makan nugget gitu.



Ok, kalau sapa2 nak try blh la refer resepinya.


Bahan2:
Kelapa parut 
Bawang merah 6-7 biji
1/2 inci halia
Sedikit santan pekat
Isi ikan kembung/selayang/etc..
Sedikit jus asam jawa
Garam

(kalau yg suka pedas tu boleh la tambah cili potong)

Cara2 membuat begedil ikan:
1. Ambil isi ikan yg telah dibasuh bersih (Isi ikan mentah ye). 
2. Tumbuk bawang merah, halia, santan & isi ikan sehingga lumat (mommy guna food processor).
3. Masukkan kelapa parut, jus asam jawa & garam ke dalam isi ikan & bawang tadi.
4. Gaul rata & ramas2 sikit bagi kental.
5. Gentel/bentukkan buat leper.
6. Goreng sehingga garing. Toskan minyak & sedia dihidang.

13 comments:

Ummu Athiyah Ismail said...

yummy :)

Unknown said...

terima kasih sudi follow blog akak, akak follow kembali...

akak suka juga makan begedil nih..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Umm AA said...

Tuhlah harap2jupo jgklah lg mano pun..
sedap weyyh begedil ike..biaso make begedil daging jah...

Cho Zila said...

kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa... akak juga mengharapkan bendani cepatlah selesai..
bergedil ikan pun bolehkan... makan lebih sihatni...
suka blog awak esp header dia..

Unknown said...

Ros,
Nnt rajin2 tepek la pulak resepi solok lada. Takmo gugel.. nak Ros punya gak.
(ke sama dgn resepi ni?)

Unknown said...

Ros, kalau guna filet ikan kat kedai dan buat macam ni ok tak heee malas nak perisi lah tu kan, nmpak sedappp

Nieda Ramly said...

tak dinafikan makanan kelantan enak-enak belaka. respek wanita2 pantai timur semua pandai memasak

Nieda Ramly said...

tak dinafikan makanan kelantan enak-enak belaka. respek wanita2 pantai timur semua pandai memasak

Tie HT said...

Sedap nyer
Saya suka ikan..
Teruskan berdoa moha mh370 ditemui
Amiin

Unknown said...

Idah tak pernah pula buat begedil ikan... selalunya ayam atau daging jer... pastu tak letak kelapa parut lak tue... ermm cam sedapp jer.. :D

wantie said...

Ha..suka suka...sangat suka bergedil ni.

rostina76 said...

ummu athiyah: yummeh!!

mama aryan: tq juga sudi follow kat sini

UA:inshaALLAH semoga Allah tunjuk jln bg jumpo. sekali sekala layan hok ike lagi sedap dr daging tu ;)

Cho zila:tq kak. btw tula moga2 cepat jumpa

k.sham: lebih kurang sama je kak. tekan link solok lada tu ada resepi details.

knoor: filet fish xsedap not knoor, biasa ros guna ikan kembung/sardin…klu filet fish olah jadi fish nuget la kot

nieda: huhu!!!!xsemua la yg terer masak. saya pun sjk jadi hse wife ni je pulun belajar. nieda org mana?

tihara: cubala nanti.

acik idah: heheh!!!ni version solok tu yg ada kelapa parut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...